cara buat cucur manis

Bangun pagi terus terfikir nak sediakan sarapan untuk keluarga tersayang di rumah. Tak perlu fikir panjang, ikut saja cara buat Cucur Manis yang rangup di luar tapi lembut di dalam ini.

Cucur Manis ialah kuih goreng tradisional dibuat daripada tepung gandum, air panas, susu pekat dan garam yang dibentukkan bulat dan digoreng sampai keperangan.

Cara buat Cucur Manis yang dikongsikan oleh Nur Naszirah di Facebook ini sesuai sangat untuk anda nikmati bersama keluarga pada bila-bila masa. Jom kita cuba!

Baca juga: Cucur Udang Rangup di Luar & Lembut Gebu Di Dalam, Lengkap Dengan Kuah Kacang Pekat Berlemak!

CARA BUAT CUCUR MANIS

cara buat cucur manis

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air (didihkan atas api dahulu)
  • Susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-cara membuat:

1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas besar (tepung gandum, air yang telah mendidih, susu pekat, dan sedikit garam).

2. Gaulkan sampai sebati. Adunan memang akan sedikit melekit dan melekat pada tangan, itu memang teksturnya.

3. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana besar.

4. Sediakan semangkuk air untuk membasahkan tangan (ini tips supaya adunan tak melekat dan senang dibentuk).

5. Celup tangan dalam air, ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat-bulat menggunakan tangan. Tak perlu terlalu sempurna.

6. Masukkan terus ke dalam minyak panas dan goreng sampai cucur bertukar warna keemasan.

7. Balik-balikkan supaya masak sekata. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Naszirah

Baca juga: Cucur Kembung Manis, Tak Nak Pakai Gula Boleh Ganti Bahan ‘Ini’ Di Rumah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN