Teringin nak makan durian crepe tapi tak suka durian? Rupanya boleh ganti letak inti yang anda sukai. Contohnya resepi crepe milo ini.
Bukan saja sedap, malah cara penyediaannya juga cukup mudah. Selain itu, anda juga boleh meletakkan apa-apa inti selain milo, contohnya inti nutella, oreo dan sebagainya.
Kalau buat sendiri memang lagi puas hati, boleh letak inti sebanyak mana yang dimahukan. Ikuti saja resipi lengkap perkongsian oleh Azlina Ina Fans.
Baca juga: Resipi ‘Durian Crepe Gebu’, Pertama Kali Buat Pun Menjadi & Sedap!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam besen dan kacau sebati menggunakan whisk. Kemudian tapiskan. Pastikan adunan tak cair dan tak pekat.
2. Panaskan kuali terlebih dahulu. Kemudian, ambil sesenduk kecil adunan dan tuang dalam kuali non-stick sambil layangkan dan buang lebihan bancuhan. Hati-hati panas, pastikan api jauh dari pemegang.
3. Pakai kuali yang non-stick marble, cantik saiz 18 19 atau 20 untuk creepe saiz besar.
4. Masak sehingga kering, tak perlu terbalikkan adunan dalam kuali. Kemudian terbalikkan pan, dia akan jatuh.
5. Hasilnya, kulit crepe akan menjadi licin dan cantik.
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Satukan cream cheese dan susu pekat. Pukul sehingga sebati.
2. Apabila dah sebati, tambahkan vivo fresh cream dan pukul sampai kental.
3. Masukkan filling ke dalam piping beg, gunting hujung.
4. Bentangkan crepe. Letakkan filling, buat secara membuat sebanyak 3 pusingan.
5. Letakkan nutella, tabur milo dan letak lagi nutella. Supaya nutella tak keras terkena direct cream.
6. Lipatkan crepe dengan kemas. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Azlina Ina Fans
Baca juga: Mudah Je Nak Buat Nutella Crepe ‘Viral’ Tu, Gebu Macam Bantal!
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…