
Jika anda sedang mencari cara membuat mochi yang mudah dan sedap, resipi Mochi Bites Sirap Bandung ini memang wajib dicuba. Hanya menggunakan beberapa bahan ringkas, anda sudah boleh menikmati mochi yang lembut, kenyal dan beraroma harum.
Lebih menarik, mochi ini tidak terlalu manis dan menjadi lebih sedap apabila dicicah dengan susu pekat manis. Sesuai dijadikan kudapan minum petang, pencuci mulut atau idea jualan yang semakin mendapat perhatian ramai.
Baca juga: Resepi Tteokbokki Versi Malaysia, Rupanya Guna Tepung Biasa Pun Menjadi!
CARA MEMBUAT MOCHI BITES SIRAP BANDUNG

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung pulut
- ½ cawan air
- 2 sudu besar susu pekat manis (1 sudu besar untuk adunan dan 1 sudu besar lagi untuk pencicah)
- 4 sudu besar gula perang
- ⅛ sudu teh perisa sirap
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 sudu besar minyak masak
Cara-cara Penyediaan:
1. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk.
2. Campurkan air bersama 1 sudu besar susu pekat manis dan kacau sehingga sebati. Tuangkan campuran tersebut ke dalam tepung pulut.
3. Masukkan gula perang dan perisa sirap. Gaul menggunakan tangan sehingga adunan menjadi sekata.
4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai dan kukus selama kira-kira 30 minit atau sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
5. Sementara itu, sangai tepung jagung di atas kuali tanpa minyak selama beberapa saat sahaja. Ketepikan.
6. Alaskan plastik pada pinggan dan sapukan sedikit minyak masak pada permukaannya.
7. Keluarkan adunan yang telah masak dan letakkan di atas plastik tersebut.
8. Sapukan sedikit minyak pada tangan supaya adunan tidak melekat. Potong mochi dan bentukkan mengikut saiz yang diingini.
9. Taburkan tepung jagung yang telah disangai tadi dan salutkan pada keseluruhan mochi sehingga rata.
10. Mochi Bites Sirap Bandung siap untuk dinikmati. Ia lebih sedap apabila dicicah bersama susu pekat manis.
Tips Membuat Mochi Lebih Lembut dan Kenyal:
- Sapukan sedikit minyak pada tangan sebelum membentuk mochi supaya adunan tidak melekat.
- Jangan terlebih sangai tepung jagung kerana ia hanya bertujuan menghilangkan rasa mentah.
- Potong mochi dalam saiz kecil supaya lebih mudah dimakan.
- Simpan dalam bekas bertutup jika tidak terus dimakan bagi mengekalkan tekstur lembut dan kenyal.
- Jika suka rasa yang lebih manis dan berkrim, nikmati mochi bersama susu pekat manis sebagai pencicah.
Tak sangka rupanya cara membuat mochi yang lembut dan kenyal seperti ini cukup mudah. Dengan aroma sirap bandung yang harum dan tekstur yang gebu serta kenyal, memang tidak hairanlah Mochi Bites Sirap Bandung menjadi antara kudapan yang semakin digemari ramai.
Selamat mencuba!
Sumber: Who’s Cookin’
Baca juga: Resepi Mochi Guna 5 Bahan, Tak Payah Kukus Tetap Lembut Jadinya
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














