PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-03 02:55:08
Sejak kebelakangan ini, Corndog menjadi trend pilihan makanan terutama di kalangan orang muda. Malah makanan ini dilihat banyak dijual di merata tempat. Kombinasi sosej dan cheese menambahkan lagi kesedapan makanan ini. Apa kata kali ini korang cuba sendiri buat di rumah. Resepi Cheezy Corndog dari Nor Zanita ini confirm jadi macam di luar sana. Jimat pun jimat!
Bahan-bahan:
- Roti Gardenia
- Sosej ayam (dipotong dua)
- Lidi
- Mozarella cheese (dipotong dadu)
- Cheese keeping (dipotong dua)
- Serbuk roti
Cara-caranya:
- Cucukkan sosej dan mozzarella cheese menggunakan lidi yang telah disediakan tadi dengan urutan mozzarella cheese, sosej dan mozzarella cheese semula. Selepas siap mencucuk semua sosej dan keju, ketepikan seketika.
Kredit: Nor Zanita
- Keluarkan roti keeping gardenia dan letakkan sosej stick dan cheese keping bersebelahan seperti dalam gambar.
Kredit: Nor Zanita
- Kemudian, gulungkan roti sekemas-kemasnya. Lakukan langkah yang sama untul roti yang lain dan biarkan seketika.
Kredit: Nor Zanita
- Untuk membuat tepung salut, bancuhkan tepung goreng rangup serbanguna bersama sedikit air. Pastikan ia tidak terlalu cair.
Kredit: Nor Zanita
- Setelah siap membancuh, celupkan kesemua roti yang sudah siap digulung tadi ke dalamnya. Pastikan tepung salut rata ke setiap bahagian roti yang dicelup.
Kredit: Nor Zanita
- Kemudian, taburkan serbuk roti ini di atas pinggan yang leper dan golekkan roti yang sudah disalut tepung tadi ke dalamnya.
Kredit: Nor Zanita
- Lakukan langkah ini pada roti-roti yang lain dan pastikan serbuk roti tadi disalut rata pada roti sosej.
Kredit: Nor Zanita
- Kemudian, goreng semua roti yang sudah siap disalut tadi dengan api yang sederhana. Pastikan minyak pada waktu itu sudah betul-betul panas jadi tidak perlu menggorengnya terlalu lama.
Kredit: Nor Zanita
Siap!
Kredit: Nor Zanita
Mudah saja caranya kan? Cheezy Corndog ini elok dimakan panas-panas bersama seisi keluarga, fuhh sedapnyaa! Selepas ini, ibu-ibu tidak perlu runsing lagi memikirkan hidangan apa untuk disediakan waktu petang. Selamat mencuba!