Categories: Resipi

Resipi Sos Pencicah Buah ‘Power’, Nikmat Dia Sampai Meleleh Air Liur!

Kalau anda penggemar buah potong seperti mangga muda, jambu batu atau kedondong, anda wajib cuba resepi colek buah ‘power’ ini. Kuahnya pekat, rasa pedas, manis, masin dan masam semua cukup!

Resipi pencicah buah ini juga sangat mudah. Campak-campak bahan saja tapi hasil dia memang luar biasa. Cukup sekadar lima bahan asas seperti gula melaka, belacan, kicap dan cili padi, anda dah boleh hasilkan sos pencicah homemade yang rasanya padu.

Baca juga: Jom Buat Sendiri Kuah Rojak Buah Padu, Tak Guna Tepung Tapi Tetap Pekat Likat!

RESEPI COLEK BUAH

Bahan-bahan:

  • Gula melaka (dihancurkan)
  • Kicap manis
  • Belacan (sedikit, bakar jika suka)
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • Gula pasir (sedikit, untuk seimbangkan rasa)

Cara-cara:

  1. Satukan bahan-bahan utama seperti gula melaka yang telah dihancurkan, kicap manis, belacan dan cili padi yang telah dipotong kecil-kecil ke dalam sebuah mangkuk yang cukup besar.
  2. Gunakan sudu atau garfu untuk kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan gula Melaka larut sepenuhnya. Pastikan tiada ketulan gula atau belacan yang tidak hancur supaya sos pencicah rasa sekata dan pekat.
  3. Setelah sebati, taburkan sedikit gula pasir jika anda mahu rasa pencicah lebih seimbang rasa pedas, manis dan masin. Kacau sekali lagi agar gula pasir larut dengan sempurna.
  4. Jika anda sukakan sos pencicah yang lebih pekat dan pekat, boleh kurangkan jumlah kicap atau cili padi. Sebaliknya, jika mahu sos yang lebih cair dan ringan, tambah sedikit air suam secara perlahan sambil dikacau sehingga capai konsistensi yang anda suka.
  5. Sos pencicah siap dihidang dan sesuai dimakan bersama buah potong segar seperti mangga muda, jambu batu atau kedondong.

Sumber: Nfk Prima Farm

Baca juga: Tips Buah Yang Sudah Dipotong Kekal Segar & Tak Hitam, Memang Berkesan!

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

15 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

15 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

15 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

15 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

17 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

18 hours ago