resepi air cendol

Sedang mencari minuman yang mudah dibuat dan sedap untuk berbuka puasa? Jom cuba resepi air cendol gula melaka yang pasti membangkitkan selera!

Rasanya yang lemak manis dengan kombinasi santan dan gula melaka memang menyegarkan, lebih-lebih lagi selepas seharian berpuasa dalam cuaca panas.

Sekali hirup, pasti tak cukup satu gelas! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi ini sebagai pelengkap hidangan berbuka nanti. Pasti puas hati!

Baca juga: Resipi Koktel Buah Susu Untuk Berbuka, Nikmat Lain Macam Bila Minum!

RESEPI AIR CENDOL GULA MELAKA

resepi air cendol

Bahan A (kuah santan):

  • 1 tin susu sejat
  • 300ml santan kotak
  • 200ml susu penuh krim
  • Sedikit garam

Bahan B (bahan tambahan):

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk atau kuali. Panaskan sekejap sahaja dan kacau sehingga sebati. Jangan biarkan ia mendidih.
  2. Sediakan satu jug besar dan masukkan ais secukupnya.
  3. Tuangkan bahan A ke dalam jug yang berisi ais.
  4. Tambahkan bahan B ke dalam jug mengikut selera. Gaul sebati.
  5. Cendol gula melaka sedia untuk dinikmati!

Tip tambahan: Anda boleh menggantikan bahan tambahan dengan pilihan lain seperti aiskrim, koktel buah, durian, pulut hitam dan lain-lain mengikut citarasa.

Sumber resipi dan gambar: NH Yma Nisma

Baca juga: Resipi Susu Kurma Latte Ais Yang Menyegarkan, Minum Tak Cukup Segelas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN