resepi churros mudah

Kalau anda tengah cari resepi churros mudah, inilah yang paling senang untuk dicuba. Bahannya ringkas, cara buat pun cepat, hasilnya rangup di luar lembut di dalam. Lagi sedap bila dicicah dengan sos coklat panas.

Churros asalnya dari Sepanyol, tapi sekarang dah jadi kudapan kegemaran ramai. Bentuknya panjang bersegi, ada juga orang panggil kuih belimbing sebab rupa macam bintang.

Baca juga: Resipi Puding Roti Sos Kastard Lembut & Berkrim, Sekali Suap Terus Jatuh Cinta!

RESEPI CHURROS MUDAH

resepi churros mudah

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder (kalau nak lebih gebu, kalau tak nak pun boleh)
  • 1 ½ cawan air
  • Sedikit esen vanilla
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar butter/marjerin
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)

Cara-cara:

  1. Masukkan air, gula, garam, butter, dan esen vanilla ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan tepung, kacau cepat-cepat hingga sebati, kemudian tutup api. Alihkan ke dalam bekas lain.
  3. Masukkan telur, gaul lagi hingga adunan sebati. (bahagian ini memang lengan kena kerja lebih sikit).
  4. Biarkan sejuk sekejap, kemudian boleh bentukkan menggunakan nozel bintang. (Boleh guna nozel semperit tekan-tekan, sebab churros jadi gemuk pendek).
  5. Goreng hingga keemasan. Tabur gula aising atasnya untuk hiasan.

RESEPI SOS COKLAT

Ada dua cara mudah:

Cara 1:

  • Coklat masakan + whipping cream (double boil sahaja).

Cara 2:

  • ½ cawan serbuk koko
  • ¼ cawan susu pekat manis
  • ½ cawan minyak jagung
  • ¼ cawan susu cair

Masak secara double boil hingga sebati.

Sumber: Pn Habsah Ngah

Baca juga: Resipi Kuih Tart Telur Mini, Ramai Ingat Renyah Tapi Rupanya Senang Sangat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN