
Kalau teringin nak makan biskut homemade, chocolate chip cookies antara pilihan paling mudah untuk dibuat di rumah. Teksturnya yang rangup di bahagian luar, lembut sedikit chewy di tengah dengan rasa coklat yang cair memang buat ramai susah nak berhenti mengunyah.
Menariknya, biskut ini tak semestinya perlu dibakar menggunakan oven. Hanya guna air fryer atau fryer sahaja pun boleh menghasilkan biskut coklat chip yang cantik dan sedap. Sesuai untuk yang baru nak cuba buat biskut sendiri atau tak mempunyai oven di rumah.
Dengan bahan yang ringkas seperti butter, gula, tepung dan coklat chip, anda boleh hasilkan kudapan manis untuk minum petang atau hidangan bila tetamu datang. Ikut sahaja langkah mudah ini untuk dapatkan biskut yang lebih sedap dan wangi.
Baca juga: Cara Buat Biskut Coklat Rice Viral, Resipi Mudah Versi ‘Mesra Poket’!
RESEPI CHOCOLATE CHIP COOKIES GUNA AIR FRYER

Bahan-bahan:
- 125g butter (unsalted atau salted, dilembutkan)
- 80g gula perang
- 50g gula kastor
- 1 biji telur (gred B/C)
- 1 sudu kecil esen vanila
- 200g tepung gandum
- ½ sudu kecil baking soda
- ¼ sudu kecil garam (skip jika guna salted butter)
- 150g chocolate chip
Cara-cara penyediaan:
- Pukul butter bersama gula perang dan gula kastor sehingga sebati. Tak perlu pukul terlalu lama hingga kembang.
- Masukkan telur dan esen vanila, kemudian kacau sehingga semua bahan bercampur rata.
- Ayak tepung gandum, baking soda dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan sambil digaul sehingga menjadi doh.
- Masukkan chocolate chip dan gaul rata supaya coklat tersebar sekata dalam adunan.
- Rehatkan doh dalam peti sejuk selama kira-kira 30 minit. Langkah ini membantu biskut tidak mudah meleper ketika dimasak.
- Cedok doh lebih kurang 1½ sudu besar untuk setiap biskut dan susun di dalam bakul air fryer.
- Masak menggunakan air fryer pada suhu 160°C selama 8 hingga 10 minit sehingga biskut masak dan sedikit keperangan.
- Selepas siap, biarkan biskut di dalam bakul selama 5 hingga 10 minit sebelum dialihkan ke rak penyejuk supaya teksturnya lebih stabil.
- Simpan dalam bekas kedap udara selepas sejuk sepenuhnya supaya kekal rangup.
Tips buat biskut coklat chip lagi sedap:
- Untuk tekstur lebih chewy, boleh tambah sedikit lagi gula perang dalam adunan.
- Jika suka biskut lebih rangup, tambah masa memasak 1 hingga 2 minit.
- Letakkan beberapa chocolate chip di atas doh sebelum dimasak supaya hasil biskut nampak lebih menarik seperti buatan bakery.
- Jangan letak doh terlalu rapat kerana biskut akan mengembang ketika dimasak.
Sumber: Thread @angelysmaaas
Baca juga: Resipi Biskut Makmur Sabah, Tekstur Sangat Rangup & Cair Dalam Mulut!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













