resepi choco jar

Resepi choco jar ini pernah menjadi femomena pada suatu ketika dahulu. Kini, ia menjadi tular semula kerana kelihatan ramai peniaga menjualnya di laman sosial.

Limpahan coklat dengan kerangupan ‘bubble rice’ atau bijiran lain pasti akan membuatkan sesiapa sahaja menjadi ketagih. Makan sebalang pasti tak cukup!

Rupanya cara membuat choco jar ini cukup mudah. Dengan hanya menggunakan 3 bahan, anda boleh menghasilkan beberapa balang choco jar. Baru lagi jimat dan puas makan!

Baca juga: Resipi Coklat Almond Cluster Guna 3 Bahan, Tak Perlu Bakar Dalam Oven

RESEPI CHOCO JAR

Bahan-bahan:

  • 500 gram bubble rice/mini cocoa crunch
  • 500 gram chocolate (boleh pakai dark atau milk chocolate)
  • 70 gram minyak jagung (digunakan untuk chocolate compound seperti brand Beryls & Van Houtten sahaja)

Cara-cara:

1. Sangai bubble rice atau cocoa crunch atas kuali. Sangai dalam 2 hingga 3 minit sahaja. Tujuan sangai supaya rangup tahan lama bila sudah dimasukkan coklat.

resepi choco jar

2. Bila dah siap sangai, biarkan sejuk terlebih dahulu.

3. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil. Letak air panas mendidih dalam bekas besi, kemudian letak bekas kedua yang lebih besar dari bekas di bawah yang berisi air panas.

4. Biarkan seketika sampai coklat mencair sepenuhnya. Kalau nak cepat, buat double boil atau microwave sahaja.

5. Kalau pakai callebaut, suhu perlahan panaskan ikut kesesuaian microwave, biasanya 10 saat. Gaul dan masukan lagi dalam 10 saat. Tapi bergantung pada microwave masing masing. Asalkan coklat tak hangus pada permukaan dan cair dengan elok.

6. Kalau pakai courveture chocolate yang ada peratusan cocoa solid, tak perlu campur dengan minyak. Dia akan mencair semula jadi dalam bekas itu. Hanya untuk real/ couverture chocolate sahaja. Seperti brand Callebaut / Valrhona atau mana-mana brand yang ada tulis peratusan cocoa (coklat premium).

7. Kalau pakai chocolate compound seperti beryls/van houten tambahkan minyak 70 gram minyak jagung atau canola oil atau pun minyak masak. (coklat ekonomi)

8. Bila coklat dah sebati, ketepikan dan biarkan sejuk selama 15 minit.

9. Letakkan separuh bubble rice atau cocoa crunch yang sudah disangai tadi ke dalam bekas, kemudian penuhkan dengan coklat.

10. Gaul sebati dan boleh terus dimakan. Jangan letak dalam peti, biarkan pada suhu bilik sahaja tapi jangan terkena direct matahari. Selamat mencuba!

resepi choco jar

Kredit resipi dan gambar: Muhammad Ali

Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Yang Gebu, Kurang Manis & Tak Muak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN