
Garlic chili oil ini memang wajib ada di dapur. Bau bawang putih goreng dengan gabungan chili flakes dan daun limau purut memang buat hidangan jadi lebih wangi dan menyengat.
Sesuai sangat dijadikan pelengkap untuk mi, nasi goreng, sup atau apa saja lauk yang perlukan sentuhan pedas dan beraroma. Bila dah siap satu balang, senang nak guna bila-bila masa.Tinggal cedok saja, terus sedap!
Resipi ini pun tak susah mana. Bahan ringkas, cara masak pun tak ambil masa lama. Asalkan api kecil dan jangan biar sampai hangus, dijamin menjadi. Kalau pertama kali cuba pun pasti berjaya buat!
Baca juga: Petua Daun Kari Tahan Lama & Wangi Macam Baru Petik, Ini Cara Simpan Dalam Peti Sejuk
CARA BUAT CHILI OIL (MINYAK CILI)

Bahan-bahan:
- Chili flakes
- Minyak masak
- Daun limau purut
- Bawang putih (dicincang halus)
Cara-cara:
- Panaskan setengah cawan minyak masak dengan api kecil. Untuk buat garlic chili oil, api memang tak boleh besar sebab nanti cepat hangus.
- Masukkan bawang putih, kacau dan masak perlahan-lahan.
- Masak hingga bawang putih bertukar warna keemasan.
- Tambahkan chili flakes dan daun limau purut bersama dua cubit garam supaya ada rasa sedikit masin.
- Terus padamkan api selepas itu. Jangan masak terlalu lama kerana chili flakes mudah hangus dan menjadi kehitaman.
Tip: Pastikan paras minyak melebihi chili flakes agar semuanya tenggelam dan masak sekata.
Sumber: Nurul Hawa Nadila Sari
Baca juga: Petua Simpan Cili Padi Agar Tahan Lama, Lebih 2 Minggu Pun Masih Segar Macam Baru Petik!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














