chicken salad b40

Kalau nak makan salad yang ada sayuran saja, memang membosankan. Tapi lain lah kalau anda tahu akan resepi salad yang unik dan bermacam jenis perisa, kan?

Pada zaman ini, pemakanan salad semakin popular dan menjadi antara makanan pilihan orang ramai.

Ini sebab ramai yang sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan kepada tubuh badan mereka.

Baca Juga: Resipi Salad Buah Paling Mudah. Sedap Makan Sejuk, Sangat Menyegarkan!

Untuk korang yang ingin berjimat dan dalam masa yang sama hendak makanan makanan sihat, boleh cuba tengok resepi chicken salad B40 yang hanya guna 3 bahan ini je.

Resepi chicken salad yang teramat mudah tapi sangat sedap sampai rasa nak makan hari-hari.


Chicken Salad:

1. Ambil isi ayam. Potong kecil ikut suka hati bentuk apa pun.
2. Perap ayam dengan Paprika, Black Pepper & Cajun.
3. Grill ayam. Kalau nak juicy grill sekejap je. Kalau nak garing sikit grill lama sikit. Ikut citarasa masing-masing.
4. Hidang ayam grill tadi atas salad.
5. Tabur cherry tomatoes.
6. Letak telur rebus.
(cara rebus telur : biar air mendidih. rebus selama 10 minit)
7. Akhir sekali, dressing dengan Kewpie dressing.

Semua bahan seperti dalam gambar. Boleh beli di Mydin, Giant atau pasaraya terdekat.

Selamat mencuba!


Kredit Resepi: Nabihah Azhar

 

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN