cheesekut tiramisu

Rupanya ada banyak resipi cheesekut yang boleh dicuba. Salah satunya adalah resepi cheesekut tiramisu.

Kalau dah biasa buat cheesekut oreo, milo atau nestum, kali ini apa kata jom cuba kelainan pula.

Cara penyediaannya juga sangat mudah, hanya perlu sejukkan dalam peti. Tak perlu guna oven sama sekali.

Cheesekut tiramisu ini sangat sedap jika dimakan waktu sejuk. Jadi, kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi lengkap di bawah. 

Baca juga: Jom Cuba Resipi Kek Cheese 4 Bahan Ini. Tekstur Sangat Gebu & Ringan Seakan Kapas!

RESEPI CHEESEKUT TIRAMISU

Bahan-bahan:

  • 250gm cream cheese tatura
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan susu segar
  • Serbuk koko
  • Biskut marie perasa coffee
  • Susu segar untuk celup biskut

Cara-cara:

1. Satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Kisar sehingga sebati.

2. Celup biskut di dalam susu segar. 2 atau 3 saat saja, terus angkat. Susun biskut di dalam bekas.

3. Letakkan cheese di atas biskut dan ratakan. Kemudian, taburkan serbuk koko.

4. Ulang langkah sehingga menjadi beberapa lapisan.

5. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam sebelum dimakan.

6. Selamat mencuba!

Info:

  1. Lapik bekas dengan plastik jika nak potong di luar.
  2. Setiap lapisan perlu cheese yang banyak untuk hasilkan cheese leleh dan kurangkan jumlah biskut.
  3. Kalau tak nak cheese leleh, nipiskan lapisan cheese dan lebihkan layer biskut.

Kredit resipi dan gambar: Nur Haziqah

Baca juga: Biscoff Cheese Cake, Resipi SUPER Sedap, Lemak Berkrim Dan Gebu Tanpa Oven!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN