Categories: Resipi

Resipi Chawanmushi Sedap & Lembut Ala Dekat Restoran Jepun, ‘First Time’ Buat Pun Terus Menjadi!

Resepi chawanmushi merupakan antara hidangan Jepun yang cukup terkenal dengan teksturnya yang lembut, licin dan seakan-akan puding telur. Walaupun nampak seperti hidangan eksklusif di restoran Jepun, sebenarnya chawanmushi sangat mudah untuk dibuat sendiri di rumah.

Hidangan ini pada asasnya menggunakan campuran telur dan stok ayam yang dikukus perlahan sehingga menghasilkan tekstur yang lembut dan berjus. Ditambah pula dengan isi ayam serta cendawan shiitake, rasanya memang lebih umami dan menyelerakan.

Bagi yang baru pertama kali mencuba, jangan risau kerana cara membuat chawanmushi tidak rumit. Dengan bahan yang mudah didapati dan hanya menggunakan teknik kukus, anda boleh hasilkan hidangan ala restoran Jepun yang sedap untuk dinikmati bersama keluarga.

Baca juga: Cara Rebus Edamame Sedap Macam Restoran Jepun, Barulah Kekal Hijau, Lembut & Tak Lembik!

RESEPI CHAWANMUSHI ALA RESTORAN JEPUN

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Isi ayam secukupnya
  • Hirisan cendawan shiitake
  • Air rebusan ayam secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Perencah secukup rasa (jika suka)
  • Daun bawang untuk taburan
  • Kicap cair untuk hidangan

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus isi ayam bersama sedikit garam, lada hitam dan perencah pilihan sehingga ayam masak.
  2. Setelah ayam masak, angkat dan biarkan sejuk seketika. Simpan air rebusan ayam kerana ia akan digunakan sebagai kuah untuk chawanmushi.
  3. Pukul telur sehingga sebati. Kemudian campurkan dengan air rebusan ayam secara perlahan-lahan. Sukatan boleh agak-agak mengikut tekstur yang diinginkan, tetapi jangan terlalu banyak air supaya telur tidak terlalu cair.
  4. Masukkan isi ayam yang telah direbus dan cendawan shiitake ke dalam bekas tahan kukus.
  5. Tuangkan campuran telur ke dalam bekas tersebut.
  6. Kukus chawanmushi selama kira-kira 10 hingga 15 minit menggunakan api sederhana sehingga telur masak dan teksturnya lembut.
  7. Setelah siap, taburkan daun bawang dan sedikit kicap cair sebelum dihidangkan.
  8. Chawanmushi homemade yang lembut dan berkuah ini sedap dinikmati ketika masih panas.

Tip: Untuk dapatkan tekstur chawanmushi yang lebih licin seperti di restoran Jepun, tapis campuran telur sebelum dikukus. Pastikan juga api kukusan tidak terlalu besar supaya permukaan telur kekal cantik dan tidak berlubang.

Sumbe: Thread @miskim210

Baca juga: Resipi Bancuhan Tempura Ala Orang Jepun, Sejuk Pun Dijamin Masih Rangup!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago