kacang edamame

Cara rebus kacang edamame sebenarnya sangat ringkas dan hanya perlukan beberapa bahan asas sahaja. Dengan teknik yang betul, edamame boleh jadi snek sihat yang lembut, sedikit pejal dan masih kekal hijau cantik selepas dimasak.

Edamame biasanya dimasak terus dari keadaan beku (frozen) tanpa perlu dinyahbeku. Rahsia utama untuk hasil yang sedap ialah tidak terlebih masak supaya tekstur kekal sedikit firm dan tidak lembik.

Snek ini juga sangat praktikal kerana boleh disediakan dengan cepat, sesuai dimakan begitu sahaja atau dijadikan makanan sampingan yang kaya protein untuk hidangan harian.

Baca juga: Cara Rebus Kacang Kuda Agar Cepat Empuk, Tak Perlu Tunggu Sampai Berjam!

CARA REBUS KACANG EDAMAME SUPAYA KEKAL HIJAU DAN SEDAP DIMAKAN

kacang edamame

Bahan-bahan:

  • 1 paket kacang edamame dalam pod (frozen)
  • Garam kasar/kosher salt (untuk air rebusan)
  • Flaked sea salt (untuk taburan selepas masak)
  • Air secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Didihkan air dalam periuk besar.
  2. Masukkan garam ke dalam air mendidih.
  3. Masukkan kacang edamame (frozen terus, tidak perlu nyahbeku).
  4. Rebus selama 4 hingga 5 minit sahaja sehingga kacang menjadi lembut tetapi masih sedikit pejal dan berwarna hijau terang.
  5. Toskan segera selepas masak untuk elakkan ia terlebih lembik.
  6. Hidangkan edamame ketika masih suam, dan taburkan sedikit flaked sea salt jika mahu rasa lebih sedap dan bertekstur rangup.

Sumber: Cupofyum

Baca juga: Tak Perlu Rendam Air Semalaman, Ini Cara Rebus Kacang Merah Agar Cepat Empuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN