resepi cendawan goreng tepung

Resepi cendawan goreng tepung memang antara snek yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Bila digoreng rangup dan dimakan pula waktu panas-panas, memang tak cukup satu!

Kadang-kadang nak beli yang sudah siap digoreng rasa mahal, tapi sebenarnya mudah sangat kalau nak buat sendiri di rumah. Bahan-bahannya pun senang nak cari dan paling menarik, boleh buat ikut cita rasa sendiri.

Bagi yang tengah tercari-cari resepi cendawan goreng yang rangup, rapuh dan tahan lama walaupun dah sejuk, bolehlah cuba resepi yang dikongsi kali ni. Confirm puas hati, sedap dan jadi rebutan satu rumah!

Baca juga: Resipi Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!

RESEPI CENDAWAN GORENG TEPUNG RANGUP

resepi cendawan goreng tepung

Bahan-bahan:

  • 500g cendawan tiram (boleh juga campurkan dengan cendawan enoki)
  • 2 cawan tepung ayam goreng Bestari perisa bawang putih (bungkus plastik hijau)
  • 2 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar air kapur sirih
  • Air sejuk berais secukupnya (boleh guna air dari peti sejuk)

Cara-cara:

  1. Dalam bekas besar, masukkan semua jenis tepung, air kapur sirih dan air sejuk.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  3. Setelah adunan sebati, masukkan separuh cendawan dahulu dan gaul rata.
  4. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan dan rangup.
  5. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Nota: Tujuan letak air ais adalah untuk memastikan cendawan goreng kekal rangup dan tahan lama walaupun selepas sejuk.

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Kulit Karipap Mudah Guna ‘1 Tepung’ Saja, Senang Dibentuk & Rangup Berjam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN