resepi cempedak goreng rangup

Kalau anda tengah mencari resepi Cempedak Goreng rangup gebu yang mudah, cepat dan memang menjadi setiap kali, inilah resipi paling praktikal untuk dicuba.

Hanya menggunakan dua bahan utama, hasilnya tetap rangup gebu di luar dan lembut manis di dalam, sesuai untuk minum petang atau bila tiba-tiba teringin makan kudapan panas.

Lebih menarik, adunan ini bukan saja untuk cempedak. Anda juga boleh guna untuk pisang goreng, ubi goreng dan sengkuang goreng. Satu adunan, banyak pilihan!

Baca juga: Kek Lapis Cempedak Beraroma, Harumnya Buat Suami Puji Berbakul-Bakul

RESEPI CEMPEDAK GORENG RANGUP

resepi cempedak goreng rangup

Bahan-bahan:

  • 1 peket tepung goreng pisang (gunakan separuh)
  • 2 sudu besar air kapur makan / kapur sirih
  • Air sejuk – tambah sedikit demi sedikit
  • Isi cempedak secukupnya

*Tip: Air sejuk bantu tekstur jadi lebih rangup bila digoreng.

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan mangkuk besar dan masukkan tepung goreng pisang.

2. Tambahkan air kapur makan.

3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit hingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

4. Masukkan isi cempedak, gaul hingga bersalut rata.

5. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan dan rangup. Angkat dan hidang panas-panas.

Variasi lain guna adunan sama:

Adunan yang sama memberikan hasil yang tetap rangup gebu dan sedap.

Tip ekstra untuk lagi rangup:

  • Minyak mesti betul-betul panas sebelum menggoreng.
  • Jangan goreng terlalu banyak sekali gus supaya suhu minyak kekal stabil.
  • Guna air sejuk dari peti ais, bukan air suhu bilik.

Kalau anda nak resepi Cempedak Goreng rangup yang mudah, cepat dan confirm jadi, resipi ini memang wajib cuba. Dua bahan utama saja sudah cukup untuk hasil gorengan yang padu dan rangup sampai ke petang.

Selamat mencuba!

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Rahsia Keledek Goreng Rangup Walaupun Sejuk, Ramai Tak Tahu Cara Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN