
Jemput pisang mungkin nampak biasa, tapi hasilnya boleh jadi sangat sedap jika dibuat dengan cara yang betul. Ramai tak tahu, cara buat jemput pisang yang lembut sebenarnya tak memerlukan air langsung.
Dengan bahan ringkas dan langkah mudah, resipi ini sangat sesuai dijadikan kudapan bersama keluarga. Sekali cuba, memang faham kenapa jemput pisang ini sering diminta buat berkali-kali.
Cara buat jemput pisang yang dikongsikan oleh No Or sangat mudah dan tak renyah langsung. Apa yang buatkan ia istimewa adalah cara bancuhan yang menjadikannya sedap. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Membuat Pisang Goreng Rangup, Rahsianya Pada Bancuhan Tepung ‘Ini’
CARA BUAT JEMPUT PISANG

Bahan-bahan:
- 6 ulas pisang emas
- 2 sudu besar gula pasir (ikut suka, boleh laras)
- 2 sudu kecil marjerin (ikut suka)
- Secubit garam
- Tepung gandum secukupnya
Cara-cara memasak:
1. Kupas pisang dan lenyek sehingga hancur (boleh guna belakang gelas).
2. Masukkan gula, marjerin dan secubit garam, kemudian gaul rata.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati.
4. Pastikan adunan tidak terlalu keras supaya jemput pisang lembut dan sedap.
5. Panaskan minyak dengan api sederhana.
6. Sudukan adunan kecil-kecil dan masukkan ke dalam minyak panas.
7. Goreng sambil diterbalikkan sehingga masak sekata dan keperangan.
8. Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.
Resipi ini sering dibuat setiap kali sarapan atau waktu petang kerana bahan mudah dan cepat siap, sesuai untuk keluarga yang nak kudapan ringkas. Paling nikmat bila dimakan panas-panas, rangup di luar dan lembut di dalam.
Kalau sebelum ini anda tak begitu menggemari jemput pisang, mungkin inilah masanya untuk cuba versi ini. Siapa tahu, dari tak suka terus jadi menu wajib di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: No Or
Baca juga: Resepi Cekodok Pisang Sedap, Ini Cara Nak Buat Bagi Rangup Dan Garing Elok
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














