cekodok tepung

Ada macam-macam jenis cekodok yang boleh dibuat, tapi cekodok tepung kosong tetap menjadi pilihan ramai kerana cara penyediaannya yang mudah dan menggunakan bahan yang sentiasa ada di dapur. Walaupun tanpa tambahan pisang atau bahan lain, rasanya tetap sedap jika teksturnya kena.

Rahsia cekodok yang menjadi ialah bahagian luar yang rangup apabila digigit, manakala bahagian dalam pula lembut dan sedikit chewy. Menu ringkas ini memang sesuai dijadikan sarapan, minum petang atau kudapan ketika lapar.

Resipi cekodok tepung kosong ini hanya menggunakan beberapa bahan asas seperti tepung gandum, gula, garam dan air panas. Teknik bancuhan serta cara menggoreng juga memainkan peranan penting supaya cekodok tidak terlalu keras atau berminyak.

Baca juga: Rahsia Buat Pau Kukus Inti Coklat Gebu, Kulit Licin Cantik & Tak Kecut Selepas Dikukus

RESEPI CEKODOK TEPUNG KOSONG

cekodok tepung

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu besar gula
  • Secubit garam
  • Air panas secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata semua bahan kering.
  2. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga menjadi adunan yang sederhana. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Untuk hasil cekodok yang cantik, pastikan acuan atau sudu yang digunakan dimasukkan dahulu ke dalam minyak panas.
  4. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam minyak menggunakan acuan atau sudu.
  5. Pada awal menggoreng, gunakan api yang agak besar. Selepas cekodok mula terbentuk, kecilkan api supaya masak sekata.
  6. Terbalikkan cekodok selalu kerana ia cepat masak. Goreng sehingga bahagian luar bertukar keperangan dan rangup.
  7. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

Cekodok tepung kosong ini paling sedap dinikmati ketika masih panas. Walaupun ringkas, teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam memang buat ramai orang susah nak berhenti makan.

Sumber: Thread fathimahazzahraaaaa

Baca juga: Resipi Donut Ball Tanpa Yis & Tak Uli, Guna 2 Bahan Dah Boleh Dapat Kudapan Gebu & Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN