Categories: Resipi

Resipi Kek Butter Guna Marjerin Ini Lagi Wangi & Lembap, Tak Kering Langsung!

Resepi butter kek mudah yang dikongsikan oleh Puan Eny Yusniza Abdullah ini memang lain dari yang biasa. Aromanya lebih wangi dan harum. Rahsianya terletak pada penggunaan marjerin sebagai ganti pure butter.

Sebenarnya, kek butter yang menggunakan marjerin juga lebih lembap dan gebu teksturnya. Bila makan, memang langsung tak rasa kering! Malah, marjerin juga lebih jimat berbanding pure butter.

Kalau anda nak cuba sendiri di rumah, boleh tengok resipi penuh di bawah!

Baca juga: Resipi Kek Batik Coklat Melting, Bila Gigit Lembut Macam Kek!

RESEPI BUTTER KEK MUDAH GUNA MARJERIN

Bahan-bahan:

  • 250 gram tepung naik sendiri
  • 250 gram marjerin Latifolia (boleh juga guna marjerin lain seperti Buttercup)
  • 6 sudu besar buttermilk (campuran susu dengan ½ sudu besar cuka atau boleh gantikan dengan yogurt – boleh juga abaikan jika tiada)
  • 220 gram gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh creamy vanilla (bukan esen vanilla biasa, ini lebih sedap!)
  • ½ sudu teh butter oil (perisa mentega) – boleh diabaikan jika tiada
  • ½ sudu teh garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Putar gula dan marjerin sehingga betul-betul berkrim dan ringan.
  2. Masukkan telur satu per satu sambil terus memukul. Tambahkan creamy vanilla dan butter oil.
  3. Masukkan garam, kemudian teruskan memukul sekejap lagi.
  4. Masukkan separuh daripada tepung, diikuti dengan buttermilk. Pukul sekejap, kemudian masukkan baki tepung dan pukul lagi sekejap saja.
  5. Gunakan spatula untuk kaup balik adunan, jangan pukul terlalu lama selepas tepung dimasukkan kerana kek boleh menjadi liat.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160°C selama lebih kurang 45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya (bergantung pada oven masing-masing).

Sumber: Eny Yusnizar Abdullah

Baca juga: Resipi Kek Ros Santan Lembut & Cair Di Mulut, Bau Harum Semerbak Satu Rumah!

Wan N

Recent Posts

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

10 minutes ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

16 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

16 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

16 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

17 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

17 hours ago