Categories: Resipi

Resepi Burger Malaysia Gebu, Kuih Legend Ini Sampai Sekarang Orang Suka Makan!

Jika pernah makan Burger Malaysia yang dijual di gerai tepi jalan sewaktu kecil, pasti masih ingat kesedapannya. Kali ini, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resepi Burger Malaysia yang mudah.

Burger Malaysia sebenarnya adalah sejenis kuih tradisional atau lebih tepatnya roti gebu yang digoreng. Bentuknya bulat macam roti bun kecil, dan biasanya disumbat dengan sambal bilis pedas manis. Ada juga yang letak timun hiris nipis sebagai pelengkap.

Resepi Burger Malaysia yang dikongsikan oleh Firdina Dayana di Facebook ini mendatangkan hasil gebu dan rangup sampai membuatkan ramai mengidam. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kek Lapis Kukus Merdeka, Jiwa Patriotik Menggunung Bila Lihat Hasilnya

RESEPI BURGER MALAYSIA

Bahan A (larutan yis):

  • 1½ cawan air suam kuku
  • 1 paket yis
  • 2 sudu besar gula pasir

*Satukan semua dalam satu bekas, kacau dan biarkan 5 hingga 6 minit.

Bahan B (Doh Roti):

  • 4½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar butter atau marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1½ sudu teh double action baking powder (atau baking powder biasa)
  • ½ sudu teh baking soda (untuk kesan rangup kulit burger nanti)

*Satukan semua dan gaul sampai jadi serbuk.

Cara-cara membuat:

1. Masukkan larutan yis (Bahan A) ke dalam campuran Bahan B.

2. Gaul rata dan uli sebati selama 8 hingga 10 minit.

3. Peram dalam bekas bertutup 10 minit.

4. Tabur tepung dalam talam, bulatkan doh ikut saiz yang dikehendaki. Tekan sedikit di atas doh.

5. Susun dalam talam, biar peram lagi 18 hingga 20 minit.

6. Sedia untuk digoreng guna api sederhana. Sentiasa balik-balikkan supaya masak sekata.

SAMBAL BILIS KHAS

Bahan-bahan:

  • 2 genggam ikan bilis (digoreng & toskan)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1½ sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • Serbuk perasa jika perlu
  • ½ cawan air
  • 1½ senduk minyak masak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 10 hingga 12 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 hingga 4 ulas bawang putih

Cara-cara membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai pecah minyak.

2. Masukkan gula dan biarkan cili bertukar warna.

3. Masukkan sos cili, kacau rata.

4. Masukkan bawang hiris, ikan bilis dan air.

5. Apabila sambal sudah agak pekat, perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Firdina Dayana

Baca juga: Resepi Aiskrim Malaysia Jalur Gemilang, Ada Tips Supaya Lapisan Cantik & Tak Bercampur!

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

2 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

2 days ago