resepi bubur sumsum

Bagi penggemar manisan tradisional Melayu, resepi bubur sumsum ini wajib dicuba kerana cara membuatnya cukup mudah.

Pencuci mulut ini sangat enak dimakan dalam keadaan sejuk. Teksturnya yang lembut dan kenyal serta gabungan rasa lemak, manis dan masin pasti memikat hati anda!

Baca juga: Resipi Puding Laici Berkuah, Nikmat Sungguh Makan Sejuk-Sejuk Waktu Berbuka!

RESEPI BUBUR SUMSUM GEDIK

resepi bubur sumsum

Bahan-bahan air gula melaka:

  • 1 cawan gula melaka
  • 3 sudu besar gula merah
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan air
    2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar tepung jagung*
  • 1 sudu besar air*

Bahan yang bertanda * perlu dibancuh bersama.

Bahan-bahan bubur sumsum:

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 cawan santan pekat
  • 4 ½ cawan air

Cara-cara membuat air gula melaka:

  1. Satukan semua jenis gula, air dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masak di atas api hingga gula cair dan mendidih.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung (jika mahu, boleh abaikan). Kacau hingga air gula menjadi pekat dan terus mendidih.
  4. Tutup api dan biarkan sejuk.

Cara-cara membuat bubur sumsum:

  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk. Kacau hingga sebati sebelum membuka api.
  2. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sentiasa hingga adunan menjadi pekat dan berkilat.
  3. Apabila adunan mula meletup-letup, tutup api dan biarkan suam seketika.

Cara hidangan:

  1. Sendukkan bubur ke dalam mangkuk atau bekas pilihan.
  2. Tuangkan air gula yang telah sejuk di atasnya.
  3. Hidangkan sejuk dari peti ais. Bubur akan terasa lembut, kenyal, lemak, manis dan
  4. sedikit masin.

Sumber: Nor Al Fatihah Tihah

Baca juga: Resipi Kuih Talam Pandan Yang Lembut & Berlemak, Manis Pun Cukup Rasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN