resepi bubur ayam simple

Kalau rasa tak sihat, kurang selera makan atau nak menu yang ringan tapi mengenyangkan, memang sesuai sangat cuba resepi bubur ayam simple ini.

Bubur nasi ini bukan saja mudah dimasak, tapi ia juga lembut, berkhasiat dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Jika nak lagi sedap, boleh tambah minyak bawang putih, sedikit minyak bijan dan taburan lada sulah. Confirm harum semerbak dan lebih menyelerakan!

Baca juga: Resipi Bubur Cha Cha ‘Meriah’, Isi Penuh & Kuah Jadi Lagi Pekat Bila Sejuk!

RESEPI BUBUR AYAM SIMPLE

resepi bubur ayam simple

Bahan-bahan:

  • Beras (dibasuh bersih)
  • Isi ayam (dicincang atau disiat halus)
  • Air (boleh tambah jika mahu lebih cair)
  • Halia (dititik)
  • Lada sulah
  • Kiub ayam
  • Garam
  • Minyak bawang putih
  • Minyak bijan (jika ada)

Cara memasak:

  1. Masukkan beras, isi ayam, halia, lada sulah, kiub ayam dan air ke dalam periuk.
  2. Masak atas api sederhana sehingga nasi menjadi lembut dan hancur. Kacau sekali-sekala supaya tidak melekat di dasar periuk.
  3. Bila bubur sudah hampir pekat, masukkan garam secukup rasa. Tambah air jika mahu tekstur lebih cair.
  4. Akhir sekali, titiskan minyak bawang putih dan minyak bijan untuk aroma yang lebih wangi.
  5. Pastikan bubur dalam keadaan cair. Sebab bila dah sejuk, bubur akan memekat.
  6. Boleh buat ayam celup tepung untuk tabur atas bubur.
  7. Hidangkan bubur nasi panas-panas bersama hirisan daun bawang, bawang goreng  atau telur masin jika suka.

Tips: Untuk buat bubur nasi, kena masak lama supaya betul-betul hancur. Atau boleh rendam dulu beras. Kalau nak masak pagi, malam dah boleh rendam.

Sumber: Ana Mohd

Baca juga: Resipi Bubur Sum Sum Gedik & Lembut, Sedap Dimakan Sejuk-Sejuk!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN