resepi bubur ayam sedap

Kalau anak tengah selesema atau batuk, makanan paling mudah mereka terima ialah bubur ayam. Teksturnya lembut, hangat dan tak sakitkan tekak. Ramai ibu cari resepi bubur ayam sedap yang simple tapi tetap berkhasiat dan inilah salah satu resepi yang tengah viral selepas dikongsikan oleh ayun.z_ di Threads.

Bubur ayam ini bukan sahaja sesuai untuk anak tak sihat, tapi yang buat ramai nak cuba ialah sentuhan minyak bijan. Titik sedikit saja, tapi aromanya memang buat bubur jadi lebih sedap dan “comforting”.

Kenapa Ramai Cari Resepi Bubur Ayam Sedap Bila Anak Tak Sihat?

  • Tekstur lembut, anak mudah telan
  • Berkuah hangat, bantu legakan hidung tersumbat
  • Isi ayam dan sayur beri khasiat tambahan
  • Rasa ringkas, tidak memualkan
  • Minyak bijan menaikkan aroma dan selera

Baca juga: Menu ‘Sihat Tapi Sedap’! Resipi Telur Bistik Gaya Hospital, Tinggi Protein & Sesuai Untuk Diet

RESEPI BUBUR AYAM SEDAP (VERSI COMFORT FOOD ANAK SELESEMA BATUK)

resepi bubur ayam sedap

Bahan-bahan untuk bubur:

Bahan-bahan untuk perasa:

  • Secubit garam
  • Sedikit lada putih (pilihan)

Bahan-bahan aroma dan topping:

  • 1–2 titis minyak bijan
  • Daun bawang / bawang goreng (jika sesuai umur anak)

Cara-cara penyediaan:

1. Basuh dan masak beras

Cuci beras, masukkan dalam periuk bersama air, halia dan bawang putih.

2. Rebus ayam sekali

Masukkan isi ayam dan biarkan mendidih.

3. Carik ayam

Bila lembut, angkat ayam, carik halus dan masukkan semula ke dalam bubur.

4. Masak hingga pekat dan creamy

Kacau selalu supaya tak berkerak. Tambah air ikut tekstur yang anak suka.

5. Perasakan

Letak garam sedikit dan lada putih jika perlu.

6. Titiskan minyak bijan

Ini rahsia buat resipi bubur ayam sedap — bau wangi, rasa lebih ‘warm’ dan membuka selera.

Tip Tambahan Untuk Pastikan Bubur Jadi Sedap

  • Gunakan halia sedikit untuk rasa lebih selesa di tekak
  • Masak lama supaya hasilnya creamy, bukan sekadar nasi lembik
  • Untuk anak kecil, blend sedikit bubur supaya lebih halus
  • Hidang panas-suam, bukan terlalu panas

Resepi Bubur Ayam Sedap Yang Simple, Tapi Confirm Anak Makan

Walaupun resepi ini ringkas, kombinasi ayam, halia dan minyak bijan memang menjadikannya resepi bubur ayam sedap yang sesuai untuk anak yang sedang selesema, batuk atau kurang selera makan.

Hangat, lembut, wangi dan cukup rasa tanpa buat perut anak terkejut. Comfort food yang buat mereka rasa tenang dan kenyang.

Selamat mencuba!

Sumber: ayun.z_

Baca juga: Resepi Sup Ayam Mudah, Ada Petua Kuah Lebih Ringan & Rasa Umami Luar Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN