bubur asyura kelantan

Bubur asyura Kelantan atau dipanggil ‘Suro’ di Kelantan mempunyai rasa yang berbeza berbanding asyura utara dan asyura di tempat lain.

Walaupun ada yang kata Asyura Kelantan ini manis dan berbau, tapi sebenarnya ia sangat sedap dan ada rasa berempah. 

Selain itu, tekstur ‘suro’ kelantan ini juga lembut seperti kuih talam. Baunya juga sangat wangi semerbak ketika dimasak.

Untuk pengetahuan anda, cara memasak asyura Kelantan mempunyai 2 versi. Veris satu, kita lebur semua bahan di dalam kuali atau kawah.

Versi kedua, kita kena tumis bahan kisar sehingga garing. Kemudian toskan minyak dan campurkan ke dalam kuali atau kawah. Mana-mana versi sekalipun, rasanya tetap sedap.

Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa ‘suro’ Kelantan ini, mari sama-sama ikuti resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Resipi Laksa Kuah Lemak Putih Kelantan, Jom Cuba Masak Kalau ‘Mengidam’

RESEPI BUBUR ASYURA KELANTAN

Bahan-bahan:

  • 7 kg beras (2 gantang beras)
  • 1 kg ubi keledek
  • 1 kg kacang hijau
  • 7/8 kg santan pekat
  • 8-10 kg isi ayam atau daging lembu yang direbus dan dicarik-carik isinya
  • 3 tin jagung dalam tin
  • 9 kg gula (boleh dikurangkan)
  • 250 gram garam
  • 1 keping halia (kisar)
  • 20 batang serai (kisar)
  • 2 kg rempah asyura

Cara-cara:

1. Masak air di dalam kawah. Bila air dah mendidih, masukkan beras yang sudah dibersihkan. Masukkan juga kacang hijau dan ubi keledek.

2. Kacau sehingga menjadi betul-betul pekat. Bila dah pekat, baru masukkan santan. Kacau lagi.

3. Kemudian baru masukkan gula dan sambung kacau sehingga bubur menjadi semakin likat.

4. Di dalam kuali lain, tumis serai dan halia yang sudah dikisar sehingga naik bau. Bila dah wangi masukkan pula rempah asyura.

5. Kemudian masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam kawah. Kacau lagi sehingga bertambah likat.

6. Masukkan isi daging/ayam dan kacau lagi. Masukkan jagung dan akhir sekali perasakan dengan garam secukup rasa. Selamat mencuba!

Kredit: Norhamidah Abdul Hamid

Baca juga: Resipi Lengkap Nasi Kerabu Bunga Telang Kelantan, Pasti Teringat-Ingat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN