Kalau suka kek yang berkrim tetapi mahu kelainan daripada burnt cheesecake biasa, boleh cuba resepi blueberry crumble burnt cheesecake ini. Gabungan tekstur kek keju yang lembut dengan buah beri biru dan crumble di atasnya memang menarik.

Resipi ini menggunakan loyang bersaiz 6 inci dan sesuai untuk yang mahu buat kek dalam saiz kecil. Kalau mahu kek yang lebih besar seperti dalam gambar, sukatan bahan boleh digandakan mengikut saiz loyang yang digunakan.

Bahagian crumble pula memberikan tekstur yang sedikit rangup apabila digigit, manakala buah beri biru memberikan rasa masam manis yang seimbang dengan cheesecake. Cara membuatnya juga tidak terlalu rumit dan boleh disediakan sendiri di rumah.

Baca juga: Resipi Kek Swiss Roll Madu Lembut & Gebu, Ini 5 Rahsia Supaya Tak Pecah Masa Gulung

RESEPI BLUEBERRY CRUMBLE BURNT CHEESECAKE

resepi blueberry crumble

Bahan untuk cheesecake:

  • 350g cream cheese
  • 90g gula kastor
  • 3 biji telur gred A
  • 150g whipping cream
  • 15g tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila

Bahan untuk crumble:

Bahan tambahan:

  • 125g buah beri biru

Cara-cara penyediaan:

  1. Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga sebati.
  2. Masukkan telur satu per satu sambil dipukul sehingga sebati.
  3. Masukkan whipping cream, tepung gandum dan esen vanila. Pukul sehingga semua bahan sebati. Tidak perlu pukul sehingga adunan mengembang.
  4. Untuk menyediakan crumble, gaulkan mentega dan gula kastor sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
  6. Lapik bahagian bawah loyang 6 inci dengan baking paper, kemudian lapik bahagian sekeliling loyang. Oleskan sedikit mentega pada bahagian sekeliling loyang terlebih dahulu supaya baking paper lebih mudah dikeluarkan selepas kek masak.
  7. Tuangkan adunan cheesecake ke dalam loyang yang telah disediakan.
  8. Susun buah blueberry di atas adunan, kemudian taburkan crumble secara sekata.
  9. Panaskan oven selama 10 minit.
  10. Bakar selama 30 minit pada suhu 220°C menggunakan api atas dan bawah.
  11. Kemudian, tambah 10 minit masa membakar pada suhu 200°C menggunakan api atas sahaja. Suhu dan masa membakar mungkin berbeza mengikut jenis oven yang digunakan.
  12. Selepas masak, sejukkan kek terlebih dahulu selama kira-kira 1 jam.
  13. Keluarkan baking paper pada bahagian sekeliling loyang terlebih dahulu.
  14. Sediakan papan kek dan letakkan tisu dapur di atasnya. Terbalikkan kek dengan berhati-hati supaya permukaan kek tidak melekat pada papan.
  15. Tisu dapur digunakan sebagai lapik ketika kek diterbalikkan bagi membantu menjaga permukaan kek daripada melekat sebelum kek diletakkan semula di atas papan kek.

Blueberry crumble burnt cheesecake siap untuk dipotong dan dinikmati. Selamat mencuba!

Sumber: Nur Aisyah Bt Azman

Baca juga: Resipi Kek Span Versi Bajet, Gebu Gebas & Lembut Elok Walaupun Guna Bahan Ringkas

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending