resepi biskut semperit

Pejam celik Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Jika anda belum mula buat biskut raya, ada satu resipi biskut mudah yang anda boleh cuba iaitu resepi biskut semperit.

Jika anda menggunakan resipi ini, biskut semperit tidak berubah bentuk sewaktu sebelum bakar dan selepas bakar. Warna pun tak berubah sangat!

Kalau nak tahu macam mana cara penyediaannya, jom ikuti resipi hasil perkongsian dari Cik Ijan di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Almond London Matcha, Ini Tips Salutan Coklat Kekal Berkilat & Cepat Keras

RESEPI BISKUT SEMPERIT

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 4 cawan tepung jagung
– 2 sudu besar tepung beras
– 3 senduk nasi buttercup tong (suhu bilik)
– Esen vanilla
– 1/3 tin susu pekat manis

Cara-cara:

1. Satukan tepung jagung, tepung beras dan buttercup. Gaul guna tangan dan ramas-ramas sehingga sebati.

2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla. Sambung uli sehingga adunan lembut.

3. Jika suka manis, tambahkah susu pekat. Jika adunan masih keras, tambahkan lagi buttercup.

4. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 160°C selama 20 minit. Bakar biskut yang sudah ditekan dari acuan selama 20 minit dengan suhu 150°C.

5. Pastikan adunan lembut dan tidak keras supaya senang untuk ditekan dari acuan. Jika tekan acuan sehingga jari sakit bermakna adunan masih keras.

Kredit resipi dan gambar: Facebook Cik Ijan via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Biskut Tart Nanas Anti Gagal, Tekstur Memang Rangup Dan Cair Di Mulut

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN