Kalau nampak saja biskut raya yang ada coklat seperti biskut m&m pasti akan ‘diserbu’ oleh anak-anak.
Nak buat biskut ini sama saja caranya seperti biskut coklat chip. Yang membezakannya hanyalah jenis coklat yang diletakkan di atas biskut.
Yang paling best, tak perlu guna mixer unttuk buat biskut ini. Cukup menggunakan senduk saja. Mudah kan?
Ibu-ibu bolehlah cuba buat sempena Hari Raya nanti, mesti cantik bila disusun di dalam balang kuih raya anda.
Baca juga: Cara Buat Kuih Biskut Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa
1. Mula-mula, satukan butter dan gula perang. Sebatikan menggunakan senduk saja, tak perlu guna pemutar.
2. Kemudian, pecahkan telur. Gaul rata.
3. Seterusnya masukkan pula tepung gandum. Gaul sebati.
4. Masukkan cornflakes yang sudah dihancurkan secara kasar.
5. Masukkan coklat chip atau coklat bar yang sudah dicincang. Gaul sebati.
6. Ini rupanya apabila doh sudah siap.
7. Cubit sedikit duh, gentel bulat seperti dalam gambar di bawah.
8. Letakkan coklat m&m di atasnya.
9. Susun di atas loyang dan jarakkan sedikit sesama mereka kerana nanti biskut akan mengembang.
10. Bakar pada suhu suhu 150°C selama 15 hingga 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
11. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Suraya Yaacod
Baca juga: Resipi Biskut Makmur Susu ‘Gebu’ Guna Sukatan Cawan, Sedap Cair Di Mulut!
Sesi persekolahan 2025/2026 di semua sekolah telah bermula dan ibu bapa pasti sibuk memikirkan bekal…
Cuaca panas boleh membuatkan tekak cepat rasa dahaga dan teringin makan pencuci mulut yang menyegarkan.…
Resepi kek oren sunquick ini sangat lembap dan lembut, dengan aroma harum dari parutan kulit…
Walaupun ada pelbagai jenis bahulu gulung yang ada sekarang, namun resepi Bahulu Gulung Kampung tetap…
Jika suka memasak, pasti anda ada buat stok seperti bawang kisar dan cili kisar untuk…
Setiap hari sudah masak nasi berlauk, sekali-sekala mesti teringin nak buat hidangan ringkas saja. Jika…