Jom kita cuba resepi biskut cream cracker atau lebih dikenali dengan nama biskut tawar atau biskut mayat.
Biskut ini sedap dicicah dengan air teh atau kopi, malah ia juga sedap dimakan begitu saja.
Biasanya kita hanya membeli di kedai kan? Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri. Mudah saja caranya.
Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap
RESEPI BISKUT CREAM CRACKER
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar mentega
- 1 sudu besar cream cheese / krim keju
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar minyak masak
- 1/4 cawan air (tak habis pun, guna sikit je)
Cara-cara:
1. Gaul sebati mentega dan krim keju /cream cheese.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.
3. Kemudian masukkan minyak dan gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan air, jangan tuang semua. Masuk sedikit demi sedikit sampai adunan tidak melekat di tangan.
5. Terapkan doh guna acuan kesukaan. Empunya resipi potong petak guna pisau sahaja.
6. Seterusnya buat lubang pada biskut menggunakan garpu. Beliau juga terap nama anak di tengah-tengah biskut.
7. Bakar Cream Crackers pada suhu 170°C selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah.
Info tambahan:
- Sila gelek adunan biskut nipis-nipis supaya biskutnya tidak keras.
- Kena pantau biskut masa tengah bakar. Kalau sudah nampak perang, boleh angkat.
Kredit resipi & foto: Wahidah Hasan
Baca juga: Cara Buat Kuih Biskut Kelapa, Kuih Tradisional Yang Makin Susah Nak Jumpa