Categories: Resipi

Resipi Bingka Jagung Sukatan Cawan, Bakar Sampai Atasnya Garing Keemasan Barulah Sempurna!

Resepi bingka jagung bakar ini sesuai dicuba bagi yang suka kuih tradisional dengan rasa lemak manis. Gabungan jagung segar, santan dan sedikit kordial jagung menghasilkan kuih yang harum dengan warna kuning yang menarik.

Cara penyediaannya juga tidak susah kerana semua bahan hanya perlu disatukan sebelum dikisar bersama jagung. Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar sehingga bahagian atasnya kelihatan garing serta keemasan.

Kalau suka kuih yang boleh dinikmati bersama keluarga pada waktu petang, resepi bingka jagung ini memang boleh masuk dalam senarai untuk dicuba. Biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong supaya bentuknya lebih kemas dan tidak mudah pecah.

Baca juga: Resepi Bingka Kelapa, Tekstur Kenyal Dengan Bahagian Luar Garing Memang Sedap!

RESEPI BINGKA JAGUNG

Bahan-bahan:

  • 2 tongkol jagung segar
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 500 ml air
  • 1 cawan santan
  • 2 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar kordial jagung
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit minyak untuk mengoles loyang

Cara-cara penyediaan:

  1. Sagat atau hiris halus jagung dan ketepikan terlebih dahulu.
  2. Masukkan telur, gula, tepung gandum, air, santan, marjerin, kordial jagung, garam dan pewarna kuning ke dalam bekas.
  3. Gaul semua bahan menggunakan spatula sehingga sebati.
  4. Pindahkan adunan ke dalam pengisar, kemudian masukkan jagung yang telah disagat tadi.
  5. Kisar sehingga semua bahan bercampur rata.
  6. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C.
  7. Oles loyang bersaiz 6 inci dengan sedikit minyak dan lapik dengan kertas pembakar.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar sehingga bahagian atasnya kelihatan garing serta berwarna keemasan.
  9. Tukar kepada api bawah dan bakar selama 15 minit lagi atau sehingga kuih masak sepenuhnya.
  10. Setelah masak, keluarkan bingka jagung dari ketuhar dan biarkan sejuk sebelum dipotong.

Siap! Bingka jagung bakar sedia untuk dinikmati bersama keluarga. Potong mengikut saiz yang disukai dan hidangkan sebagai juadah minum petang.

Sumber: Iedaa Jahaya

Baca juga: Resipi Bingka Pandan Bijan Guna Formula ‘1232’, Petua Mudah Nak Ingat Sukatan!

Wan N

Recent Posts

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

2 hours ago

Cara Buat Bingka Ubi Dengan Permukaan Garing Tapi Isi Lembut, Manis Cukup Rasa!

Cara buat bingka ubi sendiri di rumah tidaklah sesukar yang disangka. Kuih tradisional ini cukup…

2 hours ago

Sambal Berlada Telur Rebus Bilis Kentang, Lauk Ringkas Tapi Nasi Tambah 3 Kali!

Kadang-kadang, lauk yang ringkas dengan gabungan rasa pedas, masin dan sedikit manis inilah yang paling…

2 hours ago

JUICE Best Of 2026 Kembali, Kini Orang Ramai Boleh Undi Artis, DJ Dan Jenama Fesyen Pilihan!

Siapa agaknya nama yang paling menyerlah dalam dunia hiburan dan budaya pop tempatan sepanjang tahun…

2 hours ago

Resipi Sambal Tumis Udang Simple, Rahsia Isi Kekal Juicy & Kuah Pekat Bersalut Elok!

Resipi sambal udang simple ini sesuai dijadikan pilihan kalau buntu memikirkan menu lauk untuk makan…

3 hours ago

Labu Masak Lemak, Hidangan Pelengkap Yang Memang Serasi Dimakan Bersama Ikan Atau Ayam Goreng!

Masak lemak labu bayam merupakan antara hidangan ringkas yang sesuai disediakan untuk makan tengah hari.…

3 hours ago