Categories: Resipi

Resepi Bihun Sup Simple Ala PAMA, Pekena Kuahnya Waktu Hujan Memang Layan!

Setiap kali musim hujan, mesti terfikir nak buat hidangan berkuah sedap di rumah. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Bihun Sup simple ala PAMA yang wajib anda cuba di rumah.

Bihun merupakan sejenis mi halus yang dibuat daripada tepung beras. Selain sedap dimasak secara goreng, ia juga sesuai digunakan untuk buat sup yang hangat.

Ramai suka makan Bihun Sup yang popular sebagai masakan Melayu dan sedap dinikmati dengan sambal kicap.

Hayati Saidin telah kongsikan resepi Bihun Sup simple ala PAMA di Facebook yang sangat mudah dan ringkas cara memasaknya. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Goreng Bihun Supaya Tak Lembik, Hasil Pun Menjadi Tanpa Rasa Kejung!

RESEPI BIHUN SUP SIMPLE ALA PAMA

Bahan-bahan bihun sup:

  • 3 keping bihun PAMA (bukan bihun PAMA yang segera, tapi bihun yang ada cap PAMA)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • Sekeping dada ayam (dipotong kecil-kecil secara nipis)
  • Sekeping fish cake (dipotong nipis)
  • 6 biji fish ball (dibelah dua)
  • Secamca besar lada putih
  • Setengah kiub pati ayam Maggi
  • Secamca teh serbuk Maggi secukup rasa
  • Garam
  • Daun sup (dipotong nipis)
  • Daun bawang (dipotong nipis)

Bahan-bahan sambal kicap:

Cara-cara memasak bihun sup:

1. Mula-mula, panaskan dua camca besar minyak kelapa.

2. Selepas itu, tumis bawang putih sehingga agak kekuningan.

3. Kemudian, masukkan ayam, fish ball, fish cake dan kacau sebati.

4. Seterusnya, masukkan air mengikut kadar kuah yang dimahukan (buat lebih kuah pun tak apa sebab nanti apabila masukkan bihun, bihun akan kembang dan kuah jadi kering nanti).

5. Apabila sudah mendidih air tadi, masukkan garam, kiub pati ayam, serbuk Maggi secukup rasa dan lada putih.

6. Lebih kurang dalam 5 minit, masukkan bihun yang telah dibasuh.

7. Kacau rata-rata apabila bihun sudah lembut, perasakan dengan garam dan lada, kemudian tutup api.

8. Akhir sekali, taburkan daun sup dan daun bawang. Siap untuk dihidang!

Cara-cara membuat sambal kicap:

1. Mula-mula, potong cili api nipis-nipis.

2. Kemudian, perahkan limau nipis.

3. Akhir sekali, masukkan kicap. Siap untuk digunakan!

Gabungan kuah yang sedap dalam resepi Bihun Sup simple ala PAMA ini bersama sambal kicap yang pedas, boleh buat selera sesiapa pun terangkat.

Selamat mencuba!

Sumber: Hayati Saidin

Baca juga: Resepi Sup Siam, Main Ketuk-Ketuk Pun Kuah Rasa Nikmat Lain Macam

Aimi

Recent Posts

Resipi Pengat Pisang Manis Berlemak, Makan Waktu Panas-Panas Memang Ngam!

Resipi pengat pisang adalah hidangan tradisional Melayu yang popular, sesuai dinikmati ketika cuaca dingin atau…

35 mins ago

Resipi Daging Tetel Masak Kuah Dalca, Makan Dengan Apa Pun Sedap!

Resepi daging tetel kuah dalca ini memang sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi beriani,…

2 hours ago

Jemput Jemput Ikan Bilis, Nak Rangup Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Sebelum Goreng!

Tiba-tiba mak mentua minta buatkan hidangan minum petang yang sedap di rumah. Tak perlu fikir…

2 hours ago

Resipi Serunding Ikan, Cara Macam Ini Senang Serta Tahan Lama!

Resipi serunding ikan sangat senang dibuat dan merupakan salah satu menu tradisional Melayu yang lazat…

2 hours ago

Kuih Lompang Pandan, Tekstur Lembut & Lemak Masin Kelapa Parut Buat Tak Jemu

Hari ini kami ingin berkongsi resipi tradisional yang tidak lapuk dek zaman iaitu kuih lompang…

4 hours ago

Resipi Ayam Goreng Cincang Ala Thai Yang Pedas, Masam & Manis. Confirm Terliur!

Ayam goreng memang kegemaran ramai, kan? Kali ini, jom cuba kelainan dengan mencuba cara buat…

4 hours ago