Categories: Resipi

Resepi Bihun Soto Beraroma, Kuah Punyalah Sedap Sampai Esok Teringat!

Nak jamu saudara-mara yang datang berkunjung ke rumah pada Hari Raya, buat saja resepi Bihun Soto ini. Bukan saja kuahnya beraroma, malah makan tak berhenti dibuatnya.

Biasanya, soto dimakan bersama nasi impit di dalam kuah. Namun, Bihun Soto pula dimasak menggunakan bihun dan kuahnya kaya dengan aroma rempah yang luar biasa.

Nak tahu cara memasaknya, ikut saja resepi Bihun Soto oleh Mar Azura Mansor di Facebook yang lengkap bersama sambal kicap dan begedil yang lazat. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Pilih Dan Cara Rendam Bihun Mengikut Jenis, Hasil Cukup Puas Hati!

RESEPI BIHUN SOTO

Bahan-bahan:

  • Ayam separuh
  • Minyak masak
  • Bihun
  • Daun salam
  • 1 batang serai
  • Serbuk perasa
  • Kiub pati ayam
  • Sup bunjut

Bahan-bahan tumbuk:

  • 6 hingga 7 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah atau 1 biji bawang besar saiz sederhana
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1½ inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 2 biji buah keras

Bahan-bahan hiasan:

  • Kubis hiris nipis
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Suhun goreng

Bahan-bahan begedil:

Bahan-bahan sambal kicap:

  • Segenggam cili padi
  • 1 ulas bawang putih

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, masukkan ayam, kiub pati ayam dan sup bunjut bersama air secukupnya ke dalam periuk, kemudian rebus sampai ayam masak.

2. Setelah ayam sudah masak, angkat ayam saja dan kuahnya ketepikan terlebih dahulu.

3. Kemudian, goreng ayam yang sudah direbus tadi sampai separuh garing, angkat dan carik-carikkan.

4. Guna minyak goreng ayam tadi, kemudian tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk sampai masak.

5. Setelah nampak lebih kurang separuh garing, tuang masuk ke dalam air rebusan ayam tadi.

6. Masukkan daun salam dan ketuk sebatang serai, kemudian tambah air mengikut keperluan dan perasakan.

7. Akhir sekali, boleh celur bihun seperti biasa sampai lembut dan toskan.

Cara-cara membuat begedil:

1. Kupas kentang dan potong, kemudian goreng.

2. Tumbuk lumat dan masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang sedikit secukup rasa, kemudian bentukkan.

3. Selepas itu, pukul telur, celup dan goreng begedil dengan api perlahan.

Cara-cara memasak sambal kicap:

1. Rebus cili padi dan bawang putih.

2. Selepas itu, tumbuk dan letak kicap.

Selepas ini, tak perlu susah payah fikirkan hidangan untuk dimasak pada Hari Raya. Buat saja resepi Bihun Soto ini, pasti kuahnya buat anda sekeluarga teringat sampai bila-bila.

Selamat mencuba!

Sumber: Mar Azura Mansor

Baca juga: Cara Masak Soto Ayam Kegemaran Anak, Confirm Hirup Kuah Sampai Licin!

Aimi

Recent Posts

“Saya Order Roti Tampal Ja..”- Lelaki Kongsi Pengalaman Sarapan Sambil Tengok ‘Live’ Main Violin, Ala ‘Fine Dining’!

Kedai makan yang ada persembahan 'busking' memang dah biasa kita jumpa. Tapi lain pula pengalaman…

5 hours ago

Resipi Bingka Jagung Sukatan Cawan, Bakar Sampai Atasnya Garing Keemasan Barulah Sempurna!

Resepi bingka jagung bakar ini sesuai dicuba bagi yang suka kuih tradisional dengan rasa lemak…

8 hours ago

Jangan Main Potong Je, Rupanya 5 Cara Potong Bawang Putih Ini Boleh Ubah Rasa Masakan!

Bawang putih antara bahan wajib dalam masakan, tetapi tahukah anda cara potong bawang putih boleh…

9 hours ago

Sambal Belacan Yang Sedap Ikut Cara Arwah Mak, 2 Tip Ini Buat Aromanya Lebih Menyengat!

Sambal belacan yang sedap memang boleh buat selera makan bertambah, terutama apabila dimakan bersama nasi…

10 hours ago

Resipi Kuetiau Ladna, Kuah Banjir Dengan Aneka Lauk Buat Menu Ini Lagi Meriah!

Hari-hari makan nasi, sesekali tukar selera dengan kuetiau ladna pun menarik juga. Hidangan ini sesuai…

10 hours ago

Roti Nak Expired Jangan Terus Buang! Buat Puding Roti Coklat Cip Guna Air Fryer, Lembut Berkrim!

Puding roti coklat ini sesuai untuk anda yang mahu menghabiskan lebihan roti sebelum tamat tempoh.…

10 hours ago