
Buat anda sekeluarga yang suka makan soto sewaktu berbuka puasa, bolehlah cuba cara masak Soto Ayam ini. Jika dapat hirup kuahnya semangkuk, mesti teringin nak tambah lagi.
Cara masak Soto Ayam ini dikongsikan oleh Elvianna El-Zahra di Facebook yang mana hidangan ini cukup digemari oleh anak-anaknya di rumah. Jom kita cuba!
Baca juga: Soto Daging Tetel Campur Tulang, Ada Tips Jadikan Sup Lebih Sedap!
CARA MASAK SOTO AYAM

Bahan kuah sup:
- 1 biji bawang merah
- 2 biji bawang holland
- 6 biji bawang putih
- 2 batang serai
- 1 inci halia
- Akar daun sup (dibersihkan)
- 1 paket serbuk kurma
- 1 paket rempah sup
- Kiub pati ayam
- Sup bunjut (sup tulang)
- Bahagian isi ayam untuk isi ayam carik
- Bahagian tulang diasingkan untuk sup
Bahan kisar:
- 1 biji bawang merah
- 2 biji bawang holland
- 1 inci halia
- 5 biji bawang putih
Bahan sambal kicap:
- Cili padi
- Bawang putih
- Bawang goreng (goreng sendiri)
Bahan bergedel ayam:
- 8 biji kentang (direbus dan dilenyek)
- Isi ayam (dicincang halus)
- 2 biji bawang merah (dicincang)
- 1 biji cili merah (dicincang)
- Daun sup (dicincang)
- Daun bawang (dicincang)
- Sedikit lada sulah
- Sedikit lada hitam
- Garam atau secukup rasa
Bahan hiasan:
- Nasi impit
- Taugeh
- Daun sup
- Daun bawang
- Isi ayam yang dicarik
- Suhun goreng
- Kacang goreng
- Bergedel ayam
- Sambal kicap
Cara-cara memasak kuah:
1. Tumis sup bunjut bersama rempah kasar 4 sekawan.
2. Masukkan bahan kisar sampai pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan rempah kurma, rempah sup, serai yang diketuk dan akar daun sup.
4. Tumis sampai pecah minyak dan sedikit garing.
5. Masukkan semua ayam dan kacau sampai ayam sebati dengan bahan tumis.
6. Masukkan air setakat kuantiti yang dimahukan dan biar ayam direbus bersama sup sampai masak.
7. Apabila sudah mendidih, masukkan kiub ayam, bahan perasa, garam dan secukup rasa.
8. Apabila ayam sudah masak, keluarkan ayam yang nak dicarik (bahagian isi saja, bahagian tulang dibiarkan dalam sup).
9. Taburkan sedikit daun sup dan daun bawang ke dalam kuah.
10. Jika suka, boleh goreng ayam yang dikeluarkan dari sup tadi supaya isinya sedikit garing.

Cara-cara memasak sambal kicap:
1. Goreng cili padi dan bawang putih sampai layu.
2. Kisar semua bahan dan boleh tambah sedikit perasa.
Cara-cara memasak bergedel ayam:
1. Gaul semua bahan dan tambah perasa secukupnya.
2. Buat bulat-bulat dan pecahkan 2 biji telur untuk salut bergedel yang nak digoreng.
3. Biarkan kuali betul-betul panas dengan sedikit minyak, agak-agak separuh dari bergedel dan guna api sederhana besar.
4. Goreng sampai garing, angkat dan toskan.
Cara masak Soto Ayam ini cukup lengkap dan anda boleh gunakannya untuk menyediakan juadah yang memikat selera keluarga pada musim perayaan terutamanya pada Hari Raya.
Selamat mencuba!
Sumber: Elvianna El-Zahra
Baca juga: Resepi Kuah Soto Paling Menjadi, Sumpah Sedap Sampai Licin Mangkuk
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














