Categories: Resipi

Mihun Goreng Tomyam, Ikut Resipi Ini Boleh Masak Dalam 15 Minit!

Resepi bihun goreng tomyam perkongsian oleh Puan Zuraida Nur ini cukup disediakan untuk makan malam atau sarapan pagi.

Tempoh memasak juga tidak mengambil masa yang lama. Dalam 15 minit sahaja sudah siap masak satu hidangan yang membuka selera.

Buat mak-mak yang mahu menjimatkan masa, menu ini sangat sesuai dijadikan idea untuk dimasak pada bila-bila masa.

Baca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam

RESEPI BIHUN GORENG TOMYAM

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus bihun (rendam)
  • 5 ulas bawang merah (cincang)
  • 5 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 batang serai (titik)
  • 1 genggam udang geragau (cuci bersih)
  • Udang segar secukupnya
  • 2 sudu makan pes thai tom yam
  • 1/2 batang lobak merah (hiris)
  • Sayur sawi (hiris)

Cara memasak:

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.

2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.

3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut.

4. Bila bihun suka cukup rasa dan masak sempurna, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Info:

  • Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi
  • Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya

Kredit resipi dan gambar: Zuraida Nur via Rasa

Baca juga: Mihun Goreng Kosong Macam Ni Pun Sedap! Tips Supaya Nampak Cantik & Berkilat

Nasiha

Recent Posts

Bubur Nasi Tomyam Dengan 5 Langkah, Makan Panas-Panas Memang Layan!

Musim hujan yang kian melanda membuatkan ibu-ibu sibuk memikirkan santapan enak dimakan panas-panas buat seisi…

7 hours ago

Tip Pilih Bawang Merah & Bawang Putih Yang Elok, Baru Tak Terbeli Yang Busuk!

Terbeli bawang yang busuk? Jangan risau, guna saja petua bawang putih yang elok di bawah.…

7 hours ago

Resipi Dadih Susu Asli Perlis/Kedah, Lembut Bergedik & Cair Di Mulut!

Bukan senang nak dapat dadih susu yang asli. Kebanyakan yang dijual sekarang sebenarnya agar-agar susu,…

9 hours ago

Sate Ikan Homemade Dengan Sos Manis, Beli Luar Pun Tak Boleh Lawan!

Apabila selalu makan sate ayam dan daging, anda boleh cuba kelainan dengan membuat Sate Ikan…

9 hours ago

5 Tips Kupas Telur Rebus Yang Cantik, Isi Tak Melekat Pada Kulit

Anda pasti pernah mengalami situasi kulit telur yang melekat pada putih telur ketika mengupasnya. Oleh…

10 hours ago

Cara Buat Ayam Bakar Ala Nandos, Sangat ‘Juicy’ & Tak Kering!

Resepi ayam bakar ini wajib dicuba oleh mereka yang gemar makan di restoran Nandos. Anda…

12 hours ago