Resepi bihun goreng tomyam perkongsian oleh Puan Zuraida Nur ini cukup disediakan untuk makan malam atau sarapan pagi.
Tempoh memasak juga tidak mengambil masa yang lama. Dalam 15 minit sahaja sudah siap masak satu hidangan yang membuka selera.
Buat mak-mak yang mahu menjimatkan masa, menu ini sangat sesuai dijadikan idea untuk dimasak pada bila-bila masa.
Baca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam
RESEPI BIHUN GORENG TOMYAM
Bahan-bahan:
- 1 bungkus bihun (rendam)
- 5 ulas bawang merah (cincang)
- 5 ulas bawang putih (cincang)
- 3 batang serai (titik)
- 1 genggam udang geragau (cuci bersih)
- Udang segar secukupnya
- 2 sudu makan pes thai tom yam
- 1/2 batang lobak merah (hiris)
- Sayur sawi (hiris)
Cara memasak:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Kemudian masuk kan udang geragau tadi.
2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1-2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut.
4. Bila bihun suka cukup rasa dan masak sempurna, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info:
- Kalau suka masak boleh masukkan hirisan cili padi
- Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya
Kredit resipi dan gambar: Zuraida Nur via Rasa
Baca juga: Mihun Goreng Kosong Macam Ni Pun Sedap! Tips Supaya Nampak Cantik & Berkilat