Categories: Resipi

Cara Menggoreng Bergedil Supaya Tak Hancur, Barulah Sedap Dan Perfect!

Resepi begedil ini cukup mudah dan sedap dimakan begitu sahaja. Ia juga sering dijadikan sebagai menu tambahan dalam masakan lain seperti soto.

Walaupun cara penyediaannya nampak senang, tetapi begedil boleh menjadi hancur dan pecah ketika sedang digoreng. Di mana silapnya?

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan tips bagaimana mahu hasilkan begedil yang cantik, sempurna dan tidak hancur selepas digoreng. Barulah perfect!

Baca juga: Resipi Soto Ayam Simple Tapi Power. Ini Rahsia Kuah Sedap, Pekat & Likat

RESEPI BEGEDIL TAK HANCUR BILA DIGORENG

Bahan-bahan:

  • 10 kg kentang
  • Sekilo bawang besar (hiris halus)
  • 350 gram daun sup (hiris halus)
  • Sepaket bawang goreng
  • 2 paket lada burung (hiris halus)
  • 2 paket ayam kisar 4 (toskan air ayam ni tau, tengok kat gambar)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Rebus kentang sampai empuk. Semasa rebus, letakkan garam. Jika nak cepat empuk, potong kentang secara kecil-kecil.

2. Toskan kentang dan lenyek semasa masih panas bersama-sama ayam kisar.

3. Bila dah sekata, masukkan bawang, daun sup, cili padi dan gaul sekata. Jika rasa kurang, tambah garam secukupnya.

4. Jika rasa doh agak lembap, boleh tambah bawang goreng. Gaul sekata. Bawang goreng berfungsi sebagai penyerap lembapan. 

5. Semua dah sekata bolehlah bulat-bulatkan doh jadi ketulan kecil seperti dalam gambar. Bentuk terpulang pada tukang gentel. Nak lonjong pun boleh.

6. Untuk menggoreng pastikan minyak banyak supaya begedil tenggelam dalam minyak.

7. Pukul sedikit telur. Celup ketulan doh tadi dalam telur dan goreng.

8. Goreng sampai masak.

9. Dah masak, angkat, toskan minyak.

10. Sedia untuk dimakan.

Tips menggoreng supaya begedil tak hancur:

  • Goreng dengan minyak yang banyak, pastikan doh tenggelam dalam minyak
  • Lepas letak biarkan beberapa minit sehingga garing baru balik-balikkan
  • Telur jangan pukul sampai berbuih, pukul sekadar nak sebatikan putih dan kuning telur sahaja
  • Jika pukul sampai berbuih atau terlalu lama minyak menggoreng akan cepat berbuih dan perlu ditukar banyak kali
  • Telur untuk salutan tak perlu letak garam
  • Kuantiti bahan boleh diejas mengikut kesesuaian
  • Jika guna daging kisar goreng separuh masak tanpa minyak dulu baru gaul dengan ubi kentang
  • Cili tu boleh je guna apa-apa cili pun

Kredit resipi dan gambar: Nurul Afidah Omar, Roslinda Razak

Baca juga: Resipi Bihun Soto Yang Mengiurkan, Sup Cukup Rasa Rempah. Wajib Menambah 2, 3 Kali!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

3 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

3 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

3 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

3 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

3 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

3 days ago