Ramai yang menggemari rendang daging, ayam atau kerang tetapi rendang ayam pencen cili api ini lebih istimewa dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Rendang ini dimasak dengan pelbagai ramuan sehingga terbit minyak yang dipanggil minyak santan. Minyak inilah yang menjadikan rasa rendang lebih sedap dan penuh perisa.
Rendang ayam pencen cili api juga sedap dimakan kerana isi pejal dan empuk dengan caranya yang tersendiri. Lagi sedap jika dapat meratah bahagian ‘kopeh’.
Kalau ada yang mahu mencuba, boleh rujuk resipi yang dikongsikan oleh Encik Ben Safwan menerusi laman sesawang Facebook miliknya di bawah.
Baca juga: Resipi Rendang Daging Minang Ori Dari Indonesia, Tak Perlu Guna Kerisik!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Kisar kunyit hidup, cili kampung dan serai dengan 500 ml air. Kemudian masukkan ke dalam bahan kisar ke dalam kuali beserta ayam yang sudah dicuci dan dipotong kecil.
2. Masukkan 3 sudu makan tak membukit garam Halalgel Pink (kurang masin berbanding garam biasa ) dan 1 sudu makan Hilal serbuk perasa.
3. Buka api dan masak sampai mendidih. Kemudian tutup kuali dengan penutup ( pastikan ada terbuka sikit bagi wap keluar). Reneh guna api sederhana selama 2 jam supaya ayam pencen empuk.
4. Masukkan 2 kilogram santan segar dan 1 keping asam keping. Guna api sederhana kecil dan masak lagi selama 1 jam 30 minit. Masukkan juga daun puding belacan.
5. Bila dah siap, keluarkan asam keping. Minyak yang terhasil adalah minyak santan, memang sedap dimakan bersama ketupat.
Kredit resipi dan gambar: Ben Safwan
Baca juga: Resipi Rendang Sukatan 1/2 Ekor Ayam, Ini Petua Supaya Tahan Lama
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…