resepi begedil kentang

Nak menarik minat anak untuk makan sebenarnya mudah saja, asalkan anda tahu makanan yang mereka sukai. Jadi, kami cadangkan anda cuba buat resepi Begedil Kentang simple ini.

Begedil Kentang mudah dijumpai di Malaysia dan Indonesia yang dibuat daripada kentang hancur, dibentuk menjadi bulat dan disalut dengan telur sebelum digoreng sehingga garing.

Mak-mak yang tengah fikir nak sediakan snek untuk anak makan di rumah, boleh ikut cara-cara buat Begedil Kentang yang dikongsikan oleh ayammmeeee di TikTok.

Baca juga: Tauhu Begedil Anti Gagal, Guna Tepung ‘Ini’ Untuk Kesan Rangup Luar Biasa!

RESEPI BEGEDIL KENTANG

resepi begedil kentang

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong kentang untuk digoreng dan pukul telur, kemudian ketepikan.

2. Selepas itu, goreng kentang saja dengan minyak yang panas dalam kuali sampai empuk dan lembut.

3. Kemudian, lenyek-lenyekkan kentang yang sudah digoreng tadi sampai hancur.

4. Masukkan daun sup (tak letak pun tak apa) dan sedikit garam (nak letak serbuk perasa lain seperti lada hitam atau stok ayam pun boleh).

5. Seterusnya, bentukkan begedil mengikut saiz yang dimahukan.

6. Kemudian, salutkan begedil dengan telur yang telah dipukul awal-awal tadi.

7. Akhir sekali, terus goreng begedil dalam minyak panas, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

resepi begedil kentang

Mak-mak wajib cuba resepi Begedil Kentang ini kerana caranya bukan setakat mudah, malah hasilnya yang garing dan lembut di dalam mampu memikat selera anak-anak.

Selamat mencuba!

Sumber: ayammmeeee

Baca juga: Resepi Begedil Kentang Ayam Tanpa Tepung, Guna Cara Ini Confirm Tak Hancur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN