Categories: Resipi

Bila Daging Empuk Bertemu Kuah Pekat Yang Kaya Rasa! Ini Resipi Beef Stew Ala Barat Wajib Cuba

Resepi beef stew merupakan hidangan berkuah dengan daging yang empuk dan kuah pekat yang kaya dengan rasa. Hidangan ini sesuai dinikmati untuk makan tengah hari atau makan malam.

Keistimewaan beef stew terletak pada gabungan rasa daging dan aroma herba yang dimasak perlahan sehingga sebati.

Beef stew juga boleh disimpan dan dipanaskan semula apabila ingin dimakan. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air atau stok daging. Nikmatinya bersama nasi putih, kentang putar atau sumber karbohidrat kegemaran anda.

Baca juga: Beef Stew Yang Lembut & Hancur Di Mulut, Resipi Mudah Tanpa Pressure Cooker!

RESEPI BEEF STEW ALA BARAT

Bahan-bahan:

  • Daging lembu, dipotong kiub
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • Bawang putih, dicincang
  • Pes tomato
  • Stok daging lembu (beef stock)
  • Daun salam, rosmari dan daun taim segar
  • Ubi kentang, dibuang kulit dan dipotong
  • Lobak merah, dipotong hirisan tebal
  • Serbuk paprika
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Kacang pis
  • Daun parsli untuk hiasan
  • Minyak masak

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Goreng daging lembu sehingga permukaannya keperangan, kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Menggunakan periuk yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan pes tomato dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan semula daging lembu ke dalam periuk. Tuangkan stok daging dan masukkan daun salam, rosmari serta daun taim.
  4. Tambahkan ubi kentang, lobak merah, serbuk paprika, garam dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.
  5. Reneh dengan api perlahan sehingga daging empuk dan sayur-sayuran masak. Tambah sedikit air atau stok jika kuah terlalu pekat.
  6. Masukkan kacang pis dan masak seketika sehingga lembut.
  7. Tutup api dan hiaskan dengan daun parsli sebelum dihidangkan.

Sumber: Threads @juehasan

Baca juga: Resipi Beef Lasagna Tanpa Guna Sos Segera, Sedap Makan Panas-Panas!

Izzati

Recent Posts

Ayam Masak Oren Ala Chinese Style, Sosnya Pekat Melekat! Rupanya Guna Kordial Oren Je…

Ayam masak oren diinspirasikan daripada orange chicken, hidangan popular di restoran Chinese-American di Amerika Syarikat.…

18 mins ago

Resipi Sambal Telur Hancur, Lauk Bajet Dengan Bahan Ringkas Yang Selalu Ada Di Dapur!

Resipi sambal telur hancur antara pilihan lauk ringkas yang sesuai disediakan apabila buntu memikirkan menu…

54 mins ago

Cara Simpan Ayam Goreng Kunyit Untuk Stok Seminggu, Balik Kerja Terus Boleh Masak

Balik kerja dalam keadaan penat, mestilah nak masak sesuatu yang mudah dan cepat. Sebab itu,…

3 hours ago

Sambal Kacang Kuda Legend Ini Buat Ramai Terkenang Zaman Sekolah, Memang Sedap!

Siapa yang pernah makan sambal kacang kuda masa zaman sekolah dulu? Rasanya yang pedas, sedikit…

3 hours ago

Asam Pedas Udang Galah Kuah Merah Pekat, Petua Ini Buat Rasa Pedas Masam Lebih Padu!

Kalau suka lauk yang pedas, masam dan cukup rasa, resipi asam pedas udang galah ini…

3 hours ago

Satu Adunan Boleh Buat 5 Jenis Kuih, Resepi Doh Mudah Serbaguna Ini Memang Berbaloi Dicuba!

Tak perlu uli doh berbeza untuk setiap jenis kuih! Dengan resepi doh mudah serbaguna yang…

4 hours ago