Categories: Resipi

Resipi Bayam Goreng Brazil Crunchy, Sayur Biasa Jadi Snek Rangup Yang Sedap Dikunyah

Bayam brazil antara jenis sayur yang semakin digemari kerana teksturnya yang rangup dan rasanya yang segar. Selain dimasak sebagai hidangan harian, sayur ini juga boleh diolah menjadi kudapan menarik seperti bayam goreng yang garing, ringan dan penuh rasa.

Jika selama ini bayam hanya disajikan sebagai lauk tumis atau masakan berkuah, resipi bayam brazil rangup ini boleh jadi pilihan untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Daun bayam disalut dengan campuran tepung berempah sebelum digoreng sehingga menghasilkan tekstur rangup yang sedap dinikmati.

Mudah disediakan dengan bahan yang ringkas, kudapan ini sesuai dibuat untuk minum petang, hidangan sampingan atau sekadar kudapan ketika bersantai bersama keluarga. Sekali cuba, pasti ramai teruja dengan rasa bayam yang rangup di luar tetapi masih mengekalkan rasa segar sayurnya.

Baca juga: Resipi Bayam Banchan, Lauk ‘Side Dish’ Ala Drama Korea Yang Wajib Cuba Sekali Seumur Hidup

RESEPI BAYAM GORENG TEPUNG RANGUP

Bahan-bahan:

  • Daun bayam brazil secukupnya (ambil bahagian daun sahaja), cuci bersih
  • 5 sudu besar tepung ayam goreng original
  • 1 sudu besar tepung ayam goreng pedas
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan tepung ayam goreng original, tepung ayam goreng pedas, tepung beras, tepung jagung dan serbuk kari ke dalam satu bekas. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
  2. Masukkan daun bayam brazil yang telah dicuci bersih ke dalam bekas lain.
  3. Taburkan campuran tepung ke atas daun bayam, kemudian tutup bekas dan goncangkan perlahan-lahan supaya semua daun bersalut tepung dengan rata.
  4. Panaskan minyak secukupnya. Goreng daun bayam brazil yang telah disalut tepung dalam minyak panas.
  5. Goreng sekejap sahaja sehingga bayam kelihatan garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak.
  6. Bayam goreng brazil crunchy sedia dinikmati. Sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos kegemaran.

Sumber: shafiquecute_officia

Baca juga: Resipi Sayur Bayam Tumis Udang, Menu Simple Yang Mudah & Berkhasiat

Wan N

Recent Posts

Ini Cara Masak Sup Ayam Claypot Ala Kedai Yang Panasnya Tahan Lama, Nikmat!

Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…

4 hours ago

Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Selepas Memasak, Ini 5 Petua Mudah Yang Boleh Dicuba

Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…

5 hours ago

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

6 hours ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

6 hours ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

6 hours ago

Resipi Panna Cotta ‘Inspired By’ Daripada Wedding BASS, Rasa Lemak Berkrim!

Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…

7 hours ago