bakwan udang

Bakwan udang merupakan antara snek terkenal di Indonesia kerana teksturnya yang rangup di luar, lembut di dalam dan dipenuhi isi udang yang manis. Lebih sedap apabila dimakan panas-panas bersama sos pedas manis homemade yang menaikkan lagi selera.

Resipi ini juga sangat mudah disediakan menggunakan bahan-bahan asas yang kebanyakannya sudah ada di dapur. Gabungan tauge dan daun kucai bukan sahaja menambahkan rasa, malah memberikan tekstur yang lebih segar pada setiap gigitan.

Kalau anda sedang mencari idea menu minum petang atau hidangan ringan untuk keluarga, resipi bakwan udang ini memang wajib dicuba. Cara penyediaannya ringkas, hasilnya pula rangup dan mengenyangkan.

Baca juga: Resipi Donut Ball Tanpa Yis & Tak Uli, Guna 2 Bahan Dah Boleh Dapat Kudapan Gebu & Sedap!

RESEPI BAKWAN UDANG RANGUP

bakwan udang

Bahan-bahan adunan bakwan:

  • 2 senduk tepung gandum
  • 1 sudu teh yis kering (mauripan)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 biji telur ayam
  • 200 ml air
  • Tauge secukupnya
  • Daun kucai (dipotong pendek)
  • Udang secukupnya (dibersihkan)

Bahan-bahan sos pedas manis:

  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili api siam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 100 ml cuka makan
  • 1 keping nise (gula melaka juga boleh digunakan)
  • ½ cawan gula pasir
  • 700 ml air

Cara buat bakwan udang:

  1. Masukkan tepung gandum, yis kering dan sedikit serbuk kunyit ke dalam mangkuk.
  2. Pecahkan telur, kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga menjadi adunan yang sebati dan tidak berketul.
  3. Masukkan tauge dan daun kucai, kemudian gaul hingga rata.
  4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.
  5. Ambil satu senduk kecil adunan, letakkan seekor atau dua ekor udang di atasnya,
  6. kemudian goreng hingga keemasan dan rangup.
  7. Angkat dan toskan minyak. Ulang sehingga adunan habis.

Cara buat sos pedas manis:

  1. Kisar cili merah, cili api dan bawang putih sehingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama air, cuka, nise dan gula.
  3. Masak sehingga mendidih sambil dikacau.
  4. Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air, kemudian tuangkan ke dalam sos.
  5. Kacau sehingga sos sedikit pekat mengikut kepekatan yang diingini.
  6. Tutup api dan biarkan sos suam sebelum dihidangkan bersama bakwan udang.

Sumber: Maya Sari

Baca juga: Resipi Tauhu Goreng Crispy ‘Viral’, Guna 4 Bahan Saja Tapi Rangup Macam Beli Dekat Gerai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN