Categories: Resipi

Resipi Bakwan Kangkung Rangup, Lagi Sedap Kalau Goreng Besar-Besar

resepi bakwanresepi bakwan

Resepi bakwan kangkung adalah hidangan dari negara Indonesia yang digemari ramai. Ia lebih sedap jika digoreng dalam saiz yang besar supaya lebih rangup.

Untuk rasa yang lebih padu, boleh cuba makan bersama cili api. Namun, biasanya bakwan ini digandingkan dengan sos cili dan kicap.

Jika ada yang teringin nak cuba, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Bunda Nadiah di bawah.

Baca juga: Rahsia Cucur Ikan Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan, Bentuk Pun Tak Leper!

RESEPI BAKWAN KANGKUNG RANGUP

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 5 sudu besar tepung beras
  • 2 labu bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 genggam ikan bilis atau udang kering (Bunda gunakan ikan bilis, udang tidak boleh makan)
  • 1 mangkuk tauge
  • 1 mangkuk kobis
  • 1 mangkuk kangkung
  • Daun bawang atau daun sup (hiris halus)

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis (atau udang kering) sehingga lumat.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung beras, dan serbuk lada putih ke dalam bahan tumbuk.
  3. Masukkan tauge, kobis, kangkung, serta daun bawang atau daun sup. Gaul rata.
  4. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Ambil sesudu adunan dan goreng dalam minyak panas, tekan supaya adunan menjadi nipis dan lebar.
  6. Goreng hingga berwarna keemasan dan garing. Angkat dan toskan minyak.

Bakwan kangkung ini sedap dimakan begitu sahaja atau dengan sos cili dan kicap. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Bunda Nadiah

Baca juga: Resipi Cucur Manis Versi Stick, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Nasiha

Recent Posts

Tips Beli Buah Dengan Harga Lebih Murah, Boleh Elak Terlajak Belanja Dapur!

Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…

4 hours ago

Apam Pisang Sukatan Cawan, Pakai Blender Saja Tapi Gebunya Luar Biasa

Waktu petang mesti nak makan kuih-muih yang sedap bersama teh O panas. Oleh itu, ada…

4 hours ago

Terung Masak Sambal Berlada, Aroma Wangi Sampai Jiran Pun Boleh Bau

Nak masak dengan stail cepat siap, kenalah buat lauk dengan sayur dalam satu hidangan. Oleh…

8 hours ago

Ayam Masak Kunyit Halia, Lauk Sedap Ini Sebijik Macam Mak-Mak Masak

Biasanya nak buat masakan lauk ayam, kena goreng ayam terlebih dahulu. Namun, kami terjumpa resipi…

9 hours ago

Cara Rebus Sagu Besar Yang Jimat Gas, Confirm Jernih Dan Sebiji-Sebiji Elok!

Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…

1 day ago

Daging Dendeng Balado Cili Hijau, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…

1 day ago