PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-03 15:08:05

Semua orang suka makan pencuci mulut yang lazat, tetapi cara pembuatannya dan cara pembakarannya yang sukar selalu mematahkan harapan si pencinta pencuci mulut. Tetapi sebenarnya cara yang betul untuk membuat makanan ringan yang enak tidaklah susah mana. Jadi di sini kami ingin memperkenalkan kepada anda resepi pencuci mulut yang unik dan sedap. Resepi Baked Milk Cheese Puding ini dikongsikan oleh Farisha Sofea di kumpulan Resepi Masakan Semudah ABC di Facebook. Selamat Mencuba!

 

 

Kredit: Farisha Sofea

 

Bahan-bahan:

  • 2 cawan susu penuh krim.
  • 4 sudu besar tepung jagung.
  • 3 sudu besar gula/pes kurma/madu.
  • 2 keping keju/1 sudu serbuk keju.
  • 2 biji kuning telur.

 

Bahan sapuan :

Kuning telur secukupnya

 

Kredit: Farisha Sofea

 

Cara-cara:

1. Satukan ke semua bahan-bahan dan kacau sebati.

2. Tapis dan tuangkan ke dalam periuk.

3. Masak di atas dapur menggunakan api perlahan.

4. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi likat.

5. Tutupkan api dan tuangkan aduanan ke dalam acuan.

6. Setelah adunan sedikit suam, simpankan di dalam peti sejuk selama 2 jam.

7. Kemudian keluarkan daripada acuan dan letakkan di dalam loyang pembakar.

8. Sapukan permukaan adunan dengan bahan sapuan.

9. Panaskan oven.

10. Bakar pada suhu 230°c selama 15-20 minit atau sehingga keperangan.

11. Untuk corak garis-garis di atas tu boleh sapukan lagi kuning telur apabila adunan hampir masak.

12. Siap, selamat mencuba.

 

Kredit: Farisha Sofea

 

Selamat Mencuba

Kredit: Farisha Sofea

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN