resepi bahulu kampung

Resepi bahulu kampung ini memang nostalgia. Bau wangi dan rasanya manis-manis lemak, sedap dimakan panas-panas atau sejuk pun tetap enak

Paling best kalau bakar sampai garing sikit bahagian tepi, kemudian cicah pula dengan kopi O panas. Memang tak cukup sebiji dibuatnya!

Kalau teringin nak buat sendiri, jangan risau sebab bahan pun mudah dan cara pun ringkas. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Tiramisu Versi Jimat Guna Kuih Bahulu, Tak Sangka Sedap & Berbaloi!

RESEPI BAHULU KAMPUNG

resepi bahulu kampung

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar. Masukkan juga gula.
  2. Pukul dengan mixer berkelajuan tinggi atau gunakan pemukul tangan.
  3. Pukul sehingga adunan kembang, pekat dan warnanya berubah menjadi putih pucat.
  4. Semakin lama dipukul, bahulu akan jadi lebih ringan dan gebu.
  5. Ayak tepung gandum supaya adunan tidak berketul.
    Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  6. Gaul secara kaup balik supaya udara dalam adunan tidak pecah. Pastikan semua tepung sebati dan tiada yang berketul.
  7. Panaskan acuan bahulu atau magic pan di atas api sederhana.
  8. Sapu sedikit minyak atau mentega pada acuan supaya bahulu tidak melekat.
  9. Sudukan adunan ke dalam acuan. Jangan penuh sangat supaya adunan tak melimpah bila naik.
  10. Tutup penutup magic pan rapat-rapat supaya bahulu masak sekata.
  11. Masak dengan api kecil ke sederhana.
  12. Periksa bahulu, kalau bahagian bawah sudah keperangan, boleh terbalikkan perlahan untuk bakar bahagian atas (kalau guna magic pan).
  13. Kalau suka bahulu rangup, biarkan betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Norliza Nordin

Baca juga: Resepi Bahulu Gulung Kampung, Ada Tips Supaya Tak Pecah Dan Cantik Terbentuk

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN