Categories: Resipi

Resepi Ayam Tumis Tomyam Padu, Sedap Makan Dengan Nasi Panas-Panas!

Jika anda sedang mencari idea masakan yang mudah tapi tetap padu rasanya, resepi Ayam Tumis Tomyam ini memang boleh masuk dalam senarai wajib cuba di rumah.

Cik Puan Jue telah kongsikan resepi Ayam Tumis Tomyam yang nampak sangat menyelerakan di Facebook sampaikan ramai teringin memasaknya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Pandan, Bila Bakar Wangi Daun Pandan Harum Satu Rumah

RESEPI AYAM TUMIS TOMYAM

Bahan utama:

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil, digaul dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan dulu)

Bahan tumis:

  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 batang akar ketumbar (diketuk)
  • 3 helai daun limau purut (disiat atau dicarik)
  • 2 batang serai (dihiris serong)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili

Bahan sayur:

  • Bunga kobis
  • Kacang panjang
  • Putik jagung
  • Bawang holland (dihiris bulat)
  • Lengkuas (dihiris nipis)
  • Daun ketumbar
  • Cili padi dan cili merah (ikut tahap kepedasan yang disukai)

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak yang sama digunakan untuk goreng ayam tadi. Jika minyak terlalu banyak, buang sikit supaya tak terlalu berminyak.

2. Tumis bahan kisar iaitu bawang putih, bawang merah dan cili kisar bersama akar ketumbar, serai dan daun limau purut. Tumis sampai naik bau dan cili nampak agak garing.

3. Masukkan pes tomyam, sos tiram dan sos cili. Kacau sebati dan biar naik rasa.

4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata.

5. Masukkan semua sayur-sayuran, bawang holland, lengkuas dan cili padi. Tambahkan sedikit air.

6. Perasakan dengan garam dan sedikit gula mengikut selera masing-masing.

7. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar, hirisan bawang Holland tambahan dan cili padi sebagai hiasan. Siap untuk dihidang!

Gabungan rasa masam, pedas dan aroma herba Thai yang ada pada hidangan ini cukup membangkitkan selera. Tambahan pula, resepi Ayam Tumis Tomyam ini tak susah kerana bahan-bahannya mudah dicari dan cara masak pun santai.

Selamat mencuba!

Sumber: Cik Puan Jue atau Qaseh Jue Aisya

Baca juga: Resepi Ayam Bawang Stail Mak-Mak, Bau Tumisan Saja Dah Buat Perut Lapar!

Aimi

Recent Posts

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

28 mins ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

1 hour ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

4 hours ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

4 hours ago

Resepi Ayam Masak Padang Tanpa Santan, Kuah Pekat Dengan Rasa Rempah Pedas Masam!

Resepi ayam masak padang sesuai dicuba bagi penggemar lauk berempah yang kaya dengan rasa dan…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Cili Api Pedas Menyengat… Menu Makan Malam ‘Anti-Diet’, Memang Tak Cukup!

Ayam masak cili api antara menu makan malam yang sesuai untuk penggemar hidangan pedas. Rasa…

1 day ago