resepi ayam bawang

Tengah pening fikir nak masak apa pada hari ini, apa kata anda cuba resepi Ayam Bawang di rumah? Lauk ini nampak macam biasa, tapi bau tumisannya boleh buat perut terus lapar.

Ayam Bawang ialah lauk yang menggunakan ayam sebagai bahan utama dan dimasak dengan banyak bawang, terutamanya bawang besar dan bawang putih.

Resepi Ayam Bawang oleh Ziela Mazlan di Facebook ini kelihatan sangat menyelerakan sampaikan ramai terliur dibuatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Rendang Berkuah, Punyalah Sedap Sampai Keluarga Berebut Senduk!

RESEPI AYAM BAWANG

resepi ayam bawang

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng hirisan bawang (buat bawang goreng) dan asingkan bawang setelah masak cantik.

2. Dalam minyak gorengan bawang tadi, goreng ayam yang diperap garam dan kunyit, kemudian asingkan ayam yang sudah siap masak (jangan garing sangat).

3. Buang sikit minyak lebihan ayam goreng tadi dan tumis rempah kasar 3 sekawan bersama dengan daun kari.

4. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia kisar (ketiga-tiga bahan ini dikisar terlebih dahulu), kemudian masak sampai naik bau.

5. Masukkan sesudu serbuk jintan manis, jintan putih dan 2 sudu serbuk cili, kemudian kacau sebati.

6. Masukkan sesudu serbuk kari daging, sos cili, sos tiram dan sos tomato, kemudian kacau sebati dan tambah sedikit air.

7. Seterusnya, perasakan dengan garam dan gula.

8. Akhir sekali, masukkan ayam goreng bersama bawang goreng dan gaul sebati. Siap untuk dihidang!

Nak buat lauk mudah, resepi Ayam Bawang pilihan tepat untuk dicuba. Bukan saja sebagai lauk harian, malahan nak jadikan sebagai lauk jamuan pun boleh.

Selamat mencuba!

Sumber: Ziela Mazlan

Baca juga: Resepi Ayam Masak Merah Macam Kenduri Kahwin, Nak Dapat Kuah Pekat Elok Ini Rahsianya…

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN