resepi ayam stim

Kalau anda sedang mencari resepi mudah dan cepat untuk dimasak, apa kata jom cuba resepi ayam stim limau yang kami kongsikan ini. Tak perlu guna banyak bahan, tapi rasa memang sedap.

Pertama sekali, ayam perlu dilumur dengan kicap cair. Kemudian dikukus bersama daun limau purut, halia dan hirisan serai. Selepas itu, sediakan pula bahan sos cili limau untuk dicurahkan ke atas ayam yang siap dikukus nanti.

Mudah sahaja cara penyediaannya kan? Ibu-ibu yang sibuk bekerja tak perlu risau lagi jika kekurangan masa memasak untuk keluarga, boleh cuba resipi ini saja! Mari ikuti perkongsian oleh Yasmin Dayanti Fami di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Stim Limau, Ini Petua Tak Hanyir Walaupun Guna Bahan Ringkas

RESEPI AYAM STIM LIMAU

Bahan kukus ayam:

Bahan sos cili limau:

  • 1 cawan air
  • 1/2 gula gabung
  • 1 kiub ayam
  • Segenggam cili padi
  • 10 ulas bawang putih
  • Sedikit sos ikan
  • Perahan 1 biji limau nipis
  • Daun ketumbar

Cara memasak:

1. Kukus ayam yang sudah dilumur dengan kicap cair. Taburkan juga daun limau purut, halia dan hirisan serai.

2. Sementara tunggu ayam masak, buat sos cilinya pula. Panaskan 1 cawan air dan masukkan 1/2 gula kabung dan 1 kiub ayam.

3. Kemudian masukkan segenggam cili padi dan 10 ulas bawang putih yang dikisar kering.

4. Tuangkan sedikit sos ikan secukup rasa. Paling penting, perahkan 1 biji limau nipis. Akhir sekali baru masukkan daun ketumbar.

5. Kemudian boleh mandikan ayam yang sudah siap dikukus dengan sos cili limau tadi. Selamat mencuba!

resepi ayam stim

Kredit resipi dan gambar: Yasmin Dayanti Fami

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Stim Limau Yang Lembut & Wangi, Nak Lagi Sedap Kena Lebihkan ‘1 Bahan’ Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN