resepi ayam ros

Jika anda sedang mencari resepi ayam ros yang ringkas tapi rasa padu macam kenduri kampung, resipi ini memang kena dengan selera. Ayam masak merah ros ini diinspirasikan daripada masakan klasik kenduri zaman kanak-kanak, warna merah cantik, kuah pekat, dan ayam bersalut elok dengan rencah.

Bezanya, versi ini dimasak secara ekspres, sesuai untuk hari-hari bila tak ada banyak masa di dapur tapi tetap teringin lauk yang nostalgia dan mengenyangkan.

Rahsia keenakan resipi ini terletak pada bawang kisar kasar dan penggunaan santan, yang menjadikan kuah lebih berlemak, pekat dan melekat cantik pada ayam.

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Paling Sedap Di Rumah, Mudah & Cepat Dengan Satu Bahan Rahsia

RESEPI AYAM ROS KENDURI

resepi ayam ros

Bahan-bahan:

  • Ayam – digoreng dan ketepikan
  • Santan – secukupnya
  • Bawang merah – dikisar kasar
  • Serai – dititik
  • Kulit kayu manis
  • Serbuk perencah masak merah
  • Serbuk cili
  • Bawang merah – dipotong bulat
  • Kacang hijau (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

1. Goreng ayam hingga masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

2. Kisar bawang merah secara kasar, jangan terlalu halus.

3. Panaskan minyak, tumis bawang kisar bersama serai dan kulit kayu manis hingga wangi.

4. Masukkan serbuk perencah masak merah dan tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan serbuk cili, tumis sekali lagi hingga naik minyak.

6. Masukkan ayam goreng dan gaul hingga ayam bersalut rata dengan kuah.

7. Tuangkan santan dan biarkan masak seketika dengan api sederhana.

8. Masukkan bawang merah bulat dan kacang hijau jika suka.

9. Masak hingga kuah pekat dan berkilat. Siap untuk dihidang.

Tips Penting Supaya Ayam Ros Jadi Cantik & Sedap

  • Gunakan bawang kisar kasar, bukan halus, supaya kuah lebih bertekstur dan berpalut pada ayam.
  • Tumis rencah hingga betul-betul pecah minyak untuk warna merah yang cantik dan rasa tak pahit.
  • Api sederhana semasa masukkan santan bagi elakkan kuah ros pecah.
  • Goreng ayam terlebih dahulu supaya ayam tak mudah hancur dan kekal juicy.
  • Jika suka rasa kenduri yang lebih naik, boleh tambah sedikit minyak ayam goreng ke dalam kuah.

Resepi ayam ros versi ekspres ini sesuai untuk makan seisi keluarga atau majlis kecil di rumah. Walaupun cara ringkas, rasa dan rupanya tetap mengingatkan kita pada lauk kenduri kampung yang penuh nostalgia.

Selamat mencuba!

Sumber: Sally Aqua

Baca juga: Resepi Ayam Balado Simple, Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Hidangan ‘Express’ Setiap Hari

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN