
Ayam rebus diet boleh jadi pilihan terbaik untuk anda yang sedang mengawal pemakanan tetapi masih mahu menikmati lauk yang sedap. Tak semestinya menu diet perlu hambar kerana ayam rebus Thai ini membuktikan hidangan sihat juga boleh penuh dengan rasa.
Resipi ayam rebus diet Thai ini sesuai untuk sesiapa yang sedang dalam perjalanan menurunkan berat badan atau mahu mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Gabungan bawang putih, cili padi dan halia memberikan aroma yang cukup menyelerakan walaupun dimasak tanpa kaedah menggoreng.
Menerusi perkongsian ini, ayam dimasak sehingga empuk bersama bahan kisar dan perasa ala Thai yang ringkas. Hasilnya, ayam menjadi lembut, berjus dan cukup berperisa untuk dinikmati bersama nasi putih, nasi perang atau sayur-sayuran sebagai hidangan lengkap.
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Daun Kari Yang Wangi & Crispy, Guna 4 Bahan Saja Dah Sedap Menjilat Jari!
RESIPI AYAM REBUS DIET THAI

Bahan-bahan:
- Ayam (ikut bahagian pilihan)
- Air secukupnya
- Bawang putih
- Cili padi secukup rasa
- Halia secukupnya
- Akar ketumbar
- Sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Sos ikan
- Daun ketumbar untuk taburan
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan bawang putih, cili padi dan halia ke dalam chopper, kemudian kisar sehingga halus.
- Masukkan ayam ke dalam periuk bersama air secukupnya.
- Masukkan bahan kisar tadi dan gaulkan bersama ayam supaya sebati.
- Tambahkan akar ketumbar untuk menaikkan lagi aroma masakan.
- Masukkan sos tiram, garam, gula dan sos ikan mengikut cita rasa.
- Masak ayam sehingga empuk dan kuah sedikit kering supaya rasa bahan lebih meresap ke dalam ayam.
- Setelah siap, taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan.
Ayam rebus diet Thai ini memang sesuai dijadikan menu harian kerana cara penyediaannya mudah dan tidak memerlukan banyak minyak. Rasa pedas, masin dan wangi rempah menjadikan hidangan ini lebih menyelerakan walaupun ringkas. Selamat mencuba!
Sumber: Thread nureqwanis
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Cincang Ala Thai, Gerenti Kecur Air Liur Dengan Kombinasi Pedas, Masam & Manis!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














