
Ayam masak kicap sedap sentiasa jadi pilihan bila mahukan lauk ringkas yang sesuai untuk seisi keluarga. Versi orang dulu-dulu pula terkenal dengan kuah yang banyak, rasa kicap yang seimbang dan aroma bawang serta rempah yang menaikkan selera.
Resipi ini dikongsikan oleh Nabila Zaidi di Facebook dan sering menjadi hidangan kegemaran di rumah. Cara masaknya mudah, guna bahan asas dapur, tetapi hasilnya cukup memuaskan bila dinikmati bersama nasi panas.
Baca juga: Resipi Ayam Perap Bakar Filipina Paling Juicy, Sekali Cuba Anak-Anak Terus Suka!
RESIPI AYAM MASAK KICAP SEDAP

Bahan-bahan:
- Ayam – dipotong sederhana
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan tumbuk atau hiris halus:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
Bahan-bahan kuah:
- Kayu manis
- Bunga lawang
- Sos tiram secukupnya
- Kicap manis secukupnya
- Lada sulah sedikit
- Serbuk perasa (jika suka)
- Air secukupnya
Bahan-bahan hiasan:
- Daun sup
- Daun bawang
Cara-cara penyediaan:
1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Goreng ayam sehingga separuh masak, kemudian angkat.
3. Panaskan minyak, tumiskan kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
4. Masukkan bahan tumbuk atau hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
5. Tumis hingga garing dan naik bau.
6. Masukkan air secukupnya untuk kuah.
7. Masukkan ayam goreng dan biarkan mendidih.
8. Perasakan dengan sos tiram, kicap, lada sulah dan serbuk perasa.
9. Kacau rata dan masak sehingga kuah sebati dan ayam empuk.
10. Tutup api dan taburkan daun sup serta daun bawang.
Tip Supaya Ayam Masak Kicap Sedap & Seimbang Rasa
- Goreng ayam separuh masak sahaja supaya tidak keras.
- Tumis bawang hingga betul-betul wangi untuk rasa lebih sedap.
- Kawal penggunaan kicap supaya kuah tidak terlalu manis atau pahit.
- Boleh tambah sedikit air jika suka kuah lebih banyak.
Ayam masak kicap sedap versi ini sesuai dijadikan menu harian yang ringkas, mengenyangkan dan digemari seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Nabila Zaidi
Baca juga: Resepi Ayam Buttermilk Simple, Lembut Berkrim & Mudah Dibuat Di Rumah
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














