Penggemar masakan jawa seperti nasi ambeng pasti tahu menu ayam masak palembang. Masakan ini merupakan menu terkenal yang berasal dari Jawa, Indonesia.
Sekali pandang, masakan ini lebih kurang sama dengan menu ayam masak kicap. Tetapi sebenarnya ada beza dari segi tekstur kuahnya yang lebih pekat.
Jadi, jika ada yang tertanya-tanya bagaimana rasa ayam masak palembang ini, jom kita cuba resipi perkongsian oleh Qasih Jue Aisya di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Cili Kering Ala Restoran Cina, Simple & Sedap!
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian goreng sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah dikisar sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kicap, jika mahu warna lebih kicap, tambahkan juga kicap pekat.
5. Seterusnya masukkan daun kari. Tumis sekejap dan masukkan pula garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan asam keping dan juga ayam yang sudah digoreng tadi, masak sehingga ayam empuk.
7. Selepas itu, masukkan santan dan biarkan mendidih. Jika kuah kering, masukkan sedikit air.
8. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Qasih Jue Aisya
Baca juga: Resipi Mi Ayam Indonesia, Tak Perlu Terbang Jauh Kalau Mengidam
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…